Thursday, 10 October 2013

Apa itu verb, noun dan adjective?



Verb:
Suatu perkataan atau phrase (ayat yang tidak semestinya lengkap) yang menunjukkan keadaan, perbuatan atau pengalaman - cough, sleep, steal, jump, eat etc.

Noun:
Suatu benda, tempat,orang,binatang,acara - table, chicken, London, nurse, party, etc.

Adjective: 
Menggambarkan noun. 
beautiful nurse
delicious chicken
great party
strong table
windy in London

Simple exercise/latihan mudah - apakah gambar di bawah atau perkataan yang digariskan?


Hong Kong Disneyland

He is eating an apple.

smile

"nasi ayam" /chicken rice

It is a tall building.




1. noun 2.adjective 3.verb 4.noun 5.adjective. Senangkan? :)




Monday, 7 October 2013

I likes? Betul ke?

I likes = saya suka. Ini antara perkataan silap yang saya selalu dengar. Plus ramai orang suka main2 gunakan perkataan I likes ni...jadi ikut-ikutan dan mereka yang tak tahu asal usul penggunaan akan terus gunakan dengan salah.

Perkataan yang betul ialah:

I like. Mungkin sebab dalam BM bila kita kata saya sangat suka....translate ke BI jadi I likes, sebab tambah -s untuk menunjukkan sangat suka tapi salah.

You boleh gunakan: very (sangat), absolutely (benar-benar), so much (tersangat), think (fikir), definitely (pasti) dan macam2 lagi untuk menunjukkan betapa sukanya anda terhadap sesuatu.



Anda boleh tulis:
" I will like it very much" (future tense- masa akan datang, menggunakan will + verb/kata kerja)
Saya pasti akan sangat sukakannya

" I like it very much" (present tense - sekarang)
Saya sangat sukakannya

" I liked it very much" (past tense - sudah berlalu)
Saya sangat sukakannya 

Ini adalah antara benda yang anda perlu hafal untuk kuasai bahasa Inggeris, takde short cut. Ada benda yang ada short cut dan ada benda dia memang macam tu dan kita kena hafal.

Jadi ingat:
I like
You like
He/she likes
We like
They like

*like ialah sebuah perkataan verb (kata kerja). Kata kerja boleh berubah sebab, ianya ialah regular verb seperti like dan kedua, irregular verb seperti begin/began/begun (bermula). Kata kerja regular senang je utk hafal sebab dia tambah s,ed atau will/going...irregular verb yg kena hafal lebih sebab berubah-ubah.




Saturday, 5 October 2013

Bila nak gunakan ON?

Sebelum ni saya pernah tulis macam mana nak gunakan AT dan IN. Sekarang ni saya nak explain macam mana dan bila nak gunakan perkataan on ni :)

Note: at, in dan on di panggil "preposition" pada umumnya digunakan untuk memberitahu tentang masa atau tempat.

On di gunakan untuk 1 hari atau 1 tarikh.
Harith's birthday is on 24th of February (tarikh).
I am meeting her on Independence Day(hari).

On di gunakan untuk tempat.
Gina is on Jalan Sultan Ismail (jalan).
The post office is on Jalan Duta (jalan).

Ianya juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu menegak atau mendatar, atas sesuatu.
I am on the boat (di atas bot). 
Ahmad is on the train (di atas keretapi).


On digunakan untuk barangan elektrik:
She's on the phone (di telefon).
It's on the radio (di radio).








On digunakan bahagian badan.
I feel pain on my shoulder (di bahu saya).
The scar is on my feet (di kaki saya).


On digunakan untuk sesuatu keadaan.
The building is on fire (berada dalam kebakaran).
Isetan is on sale (sedang mempunyai jualan murah).

Tuesday, 1 October 2013

Apa itu oxymoron?

Saya terjumpa info ni hari tu...dan teringat nak share. Untuk anda yang tak tahu apa benda oxymoron, oxymoron ni ialah sesuatu ayat menggunakan dua perkataan yang bercanggah atau mempunyai makna yang berbeza utk membuat satu makna.


Contoh:
1.Clearly = jelas
Misunderstood = salah faham
Confuse kan?

 maksudnya= dah terang2 salah faham.

2. Act = berlakon/bergaya
naturally =seperti biasa

First dia kata berlakon, lepas tu seperti biasa. Apa yang di maksudkan ialah berlakon macam biasa.

3. Exact = tepat
Estimate= agak
= angaran tepat

4. Found = jumpa/ditemui
missing = hilang
= telah hilang

5. small = kecil
crowd =orang ramai
=sekumpulan kecil orang ramai

6. fully = penuh
empty = kosong
= kosong sepenuhnya

7. pretty = cantik
ugly = buruk
= boleh tahan buruknya
Contoh ayat : It was in a pretty ugly condition until I fixed it. (Ianya dalam keadaan yang agak buruk sehinggalah saya perbaikinya).

8. Seriously = serius
funny = kelakar
=kelakar habis

9. Only =hanya/satu-satunya
choice = pilihan
=satu-satu pilihan

10. Original = yang asli
copies = salinan
= salinan asal

11. Happily married - yang ni suppose to be the joke.... :p
happily = gembira
married = berkahwin

OCTOBER is here!

What's so special about October? It's my birthday month! (yeay!). 



Untuk anda yang nak belajar basic English, sempena bulan harijadi saya, saya nak offer a special promo untuk anda:



Semua lessons adalah online (via email) dan juga melalui rakaman suara anda.

8 kali latihan email (2x seminggu)
1x free assesment (menilai tahap Inggeris)
2x latihan mendengar dan menjawab (via recording)
4x latihan pendek via whatsapp (1x seminggu)

Harga RM160 sahaja/bayar ansuran RM40 setiap minggu setiap Isnin.

Offer pembelian hanya untuk bulan Oktober. Jika berminat sila contact saya maya.learnenglish@gmail.com!