Sunday, 15 January 2017

Day 15 of 2017 - review of a and an

Hi everyone!
How's your learning English journey so far? Ada tak yang buat resolution untuk bertambah baik dalam BI tahun ni? Kalau ada kena start sekarang- sekurang2nya buat plan bila nak nak habis topik tertentu atau pandai bertutur dalam English dengan lebih baik.

Jom cover balik topic articles. Ini kerana walaupun nampak mudah, masih ramai yang buat silap. Jadi kita kenalah buat latihan,review balik supaya dapat ingat apa yang kita dah belajar.

Hari ni kita buat a dan an je dulu. A dan an selalunya digunakan didepan noun seperti apple, car, school dan lain-lain. Ia juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda,tempat,orang (satu).
A - guna untuk consonant (b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z)
An - guna untuk vowel (a,e,i,o,u)
Perkataan yang mempunyai bunyi vowel walaupun tidak bermula dengan vowel menggunakan an.

1. There is ___ lorry in front of your house.
2.That is ___ fantastic bag.
3. There was ___ football match on Sunday.
4. She had __ orange for breakfast.
5. He was __ honest man. (Honest = jujur, h didepan tidak disebut)
6. __ old man enters the shop.
7. The balloon got stuck on ____ tree.
8. There was ____ accident on Jalan Bunga.
9. It was ___ honour to represent Malaysia. (Honour = hormat/penghormatan)
10. There is ____ box of orange juice in the fridge.


Answer:
1.a  2.a  3.a  4.an  5.an  6.an.  7.a  8.an  9.an  10.a

Sunday, 1 January 2017

Happy 2017!!!

Saya ingin ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yg baru baca atau ikuti blog saya. Semoga tahun ini ramai yg nak belajar dapat meluangkan masa dan tak putus asa untuk belajar. Saya mungkin  jarang update diblog tapi anda boleh ikut FB page saya, http://fb.com/Jom-Belajar-English. Saya akan cuba update lebih banyak perkara yg anda boleh belajar. Ingat, yg penting consistent kalau tak nanti semua terlupa. Banyak permintaan tahun lepas untuk ajar diwhatsapp balik, kelas face to face dll. InsyaAllah (with God's willing) jika saya dapat menguruskan masa dengan lebih baik saya akan mula mengajar diwhatsapp sekali lagi,buat video, ebook dan lain2.
Yang mana belajar untuk exam, kerja, interview tahun ini, I wish you good luck. Jangan buat belajar English ini sebagai beban tapi sesuatu yg menyeronokkan bila sudah pandai nanti. Happy 2017!