Mungkin ada antara anda yang pernah beli cd audio English. Kebanyakkan English audio akan mengajar anda untuk mendengar dan ulang. Teknik ini ada keberkesanannya sebab anda mengulang dan akan cuba kata apa yang disebut. Tetapi dengan teknik ini anda mungkin masih belum dapat bertutur dengan automatik. Anda mungkin boleh menjawab tetapi dengan agak perlahan dan berhati-hati. Teknik ini memerlukan anda untuk memahami texts yang dibacakan. Antara kenapa teknik ini saya sendiri tak suka-boring.
Oleh itu, nasihat saya ialah:
DENGAR DAN JAWAB.
Ini adalah cara efektif yang pada masa sama melatih anda untuk menjadi aktif dalam pembelajaran bahasa Inggeris.Untuk menjawab, anda mesti memahami bahasa Inggeris. Cara ini lebih semula jadi dan anda dapat menjawab soalan dengan bermacam-macam jawapan.
Sekiranya dimasa akan datang anda ingin membeli audio yang mengajar bahasa Inggeris, cari juga yang mengajar anda untuk berinteraksi dan menjawab soalan - ya, walaupun sorang2 tapi sekurang2nya jawapan itu keluar dari mulut anda. Dan bila anda boleh jawab soalan bermakna anda sudah boleh mula berinteraksi tanpa perlu berfikir dalam bahasa Malaysia!
Ingat, anda mesti mengulang dan mengulang.Anda pasti berjaya!
Ini antara website anda boleh guna untuk mencuba listening and answering.
No comments :
Post a Comment