Categories

FAQ

Adakah pembelajaran online berkesan?
Pembelajaran online sama seperti belajar subjek lain. Malahan anda boleh belajar bahasa Arab, bahasa asing mahupun mengaji melalui online di zaman sekarang dan ramai yang berjaya menguasainya.

Saya pernah belajar/mengambil kursus bahasa Inggeris, tetapi masih lagi kurang faham tentang penggunaan tatabahasa (grammar).Bagaimana JBE boleh membantu saya?
Pemahaman asas itu paling penting agar ayat dibina adalah betul. Anda tidak boleh fokus kepada tatabahasa sahaja kerana ianya tidak berguna jika tidak digunakan dengan ayat yang penuh. 

Berapa lama boleh saya lihat perubahan dalam penggunaan bahasa Inggeris saya?
Ianya bergantung pada tahap individu. Setiap individu berbeza ada yang cepat dan ada yang perlukan masa untuk memahami. Ianya bergantung kepada komitmen anda untuk belajar di kelas dan luar kelas.

Bagaimana saya boleh menguasai bahasa Inggeris dengan masa yang singkat?
Semuanya bergantung pada anda - jika anda berlatih dan menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, anda akan menguasai dengan lebih cepat dari mereka yang belajar tetapi tidak menggunakan dalam kehidupan seharian. Cari support atau mereka yang juga ingin belajar untuk belajar bersama anda. Kadang kala bila belajar sendiri ada setengah yang kurang motivasi. 

Mengapa sesetengah orang dapat berbual bahasa Inggeris dengan fasih?
Kemungkinan mereka bergaul dengan mereka yang juga menggunakan bahasa Inggeris untuk berbual - dari keluarga, rakan kerja, rakan sekolah, rata2 suka campur atau berbual dalam bahasa Inggeris dari masa ke semasa. Ini membuat mereka selesa dan tidak nampak kekok menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian. Mereka juga mungkin menonton rancangan bahasa Inggeris, mendengar radio,membaca buku, majalah dalam bahasa Inggeris.

Mana lebih penting, vocabulary atau grammar?
Pada saya, vocabulary itu penting kerana tanpa vocabulary anda tidak boleh buat ayat apa2. Grammar adalah tatabahasa dimana ianya penting untuk membuat ayat yang betul.

Mengapa orang kita (Malaysia) lebih memahami bahasa Inggeris tetapi merasa sukar untuk bercakap atau tidak cakap dengan cara yang betul?
Kita banyak menerima input - melalui tv,radio, mendengar, tetapi jarang menggunakan output - mengeluarkannya kembali. Jadi apa bila kita hanya input, kita faham dan tahu tapi tidak dapat memberi tahu atau menjelaskannya kerana kurang berlatih output.

Happy learning & have a nice day!





No comments :