Wednesday, 7 May 2014

Welcome May! Apa itu singular dan plural?

I hope everyone had enjoyed their Labour Day holiday last week (and a long weekend to those who took Friday off).

Anyway, just nak bagitahu, kalau anda nak cuba Google Hangout dengan saya, sila buat temujanji dahulu. InsyaAllah minggu depan saya akan adakan  "Free 15 minutes English conversation" lagi, dari Isnin 12Mei-16Mei. Jadi anda boleh set masa dan tarikh untuk cuba.

Okay...setiap kali saya ajar saya pun akan belajar benda baru. Benda baru saya belajar ialah apa yang buat mereka yang belajar English keliru. Jadi saya nak terangkan benda2 asas dulu supaya anda faham untuk kegunaan harian. Jadi hari ni kita tengok apa itu singular dan plural.Singular dan plural digunakan selalunya untuk noun bagi menunjukkan ianya satu atau lebih (kata benda am).

Singular = menunjukkan satu (tak kiralah benda, orang, tempat...yang penting ingat ianya satu). Bila gunakan singular, tiada imbuhan diperlukan.
girl, boy,mother, flower, box, bathroom,car, carpet, office, one million dan lain-lain.

Plural = menunjukkan 2 atau lebih (tak kiralah kalau berjuta pun).
Plural ini tricky sebab dia akan berubah bentuk. Kalau yang biasa, anda hanya perlu tambah -s atau kadang kala -es sahaja.
Contoh : mothers, girls, boys, flowers,offices,boxes, millions



Tetapi ada juga yang berubah bentuk seperti:
child = children, tooth= teeth, shelf = shelves

Dan ada juga yang tidak berubah bentuk langsung walaupun ianya plural:
fish=fish,sheep=sheep,deer=deer

Pada saya yang penting anda tahu nama-nama benda dulu, kemudian baru belajar apakah bentuk pluralnya. Tiada cara mudah tapi untuk anda kumpulkan nama2 benda...cuba namakan benda2 di rumah anda dan tambahkan plural. 

*Ingat ya, furniture ialah furniture tiada -s kerana ianya adalah sekumpulan perabot.

5 comments:

TopiJerami90 said...

I have two oranges,
It so sweet
I like it so much

Tolong betulkan ya

Jom Belajar English! said...

I have two oranges, they are so sweet. I love them very much.

pieka said...

them mmg bole gne utk buah ke

Miera Najwaa said...

Tentulah ! 😀

Miera Najwaa said...

Tentulah ! 😀