Jika anda ada ikut post saya yang lepas-lepas, -ed digunakan untuk simple past tense. Atau dalam kata lain, untuk sesuatu yang telah pun berlaku.
Contohnya:
smile >> smiled
lift >> lifted
cough >> coughed
Ada verb yang berubah bentuk bila -ed ditambahkan kepadanya.
try - tried
plan - planned
study - studied
start - started
Perubahan selalu berlaku pada perkataan yang berakhir dengan kosonen (bukan aeiou). Dan dipanggil regular verb kerana base formnya (perkataan asal)tidak banyak berubah bentuk, kecuali dengan penambahan -ed,d,ied.
Dan, ada irregular verb. Irregular verb adalah verb yang berubah secara total, atau tidak berubah langsung.
She makes good coffee >> She made good coffee.
Begin >> began>>begun
choose>> chose>>chosen
do>>did>>done
Antara verb tidak langsung berubah, contohnya:
beat >>beat
burst>> burst
cut >> cut
hurt >>hurt
Pemahaman kegunaan -ed atau simple past walaupun nampak mudah, tetapi ianya penting untuk memastikan ayat anda betul.
1 comment :
Post a Comment