Categories

Wednesday 21 January 2015

Pemendekkan perkataan atau contraction

Ramai yang hubungi saya memberitahu yang mereka faham kebanyakkan maksud dalam penggunaan harian apabila membaca, tetapi apabila mereka menonton movies atau perlu bercakap dengan mereka yang lebih fasih atau orang luar yang berbahasa Inggeris, mereka tidak faham apa yang diminta, dialog atau dibualkan.

Ini kerana kebanyakkan mereka yang fasih atau mereka yang memang berbahasa Inggeris seperti orang Amerika atau British menggunakan contraction dalam bahasa harian mereka. Bila anda mula belajar, mungkin agak sukar untuk faham atau tahu yang mereka menggunakan contraction kerana tidak biasa mendengarnya.

Kenapa contraction adalah bagus untuk anda gunakan?

  1. Contraction adalah penting jika anda mahu berbunyi lebih natural.
  2. Contraction boleh membantu anda bercakap dan mendengar kerana ianya adalah sukar untuk ditangkap dan jika anda sendiri tidak menggunakannya, adalah sukar untuk tahu jika sesuatu perkataan itu adalah contraction.
Ini adalah contoh formal contraction (dalam buku teks, surat khabar, bahan penulisan dsbgnya):
 I'm  = I am
can't = can not
don't = do not
dan lain2

Contoh informal contraction yang biasa digunakan (perbualan, menulis di fb, social media):
gonna = going to (I'm gonna go shopping later = saya akan pergi shopping nanti)
wanna = want to ( I wanna eat = saya nak makan)
whatcha = what are you  (whatcha doin'? =awak buat apa?)
kinda = kind of (I'm kinda hungry = saya agak lapar)
gotta = got to ( I gotta go = saya kena pergi)
gimme = give me ( can you gimme a ride? = bolehkah awak tumpangkan saya?)
doncha/donchu = don't you (doncha/donchu have anything better to do? = awak tak ada benda yg lebih baik nak buat?)




No comments :