Wednesday, 5 January 2011

Belajar dengan mendalam dan berulang

Tahu tak setiap perkataan baru yang kita belajar akan mengambil 30 kali untuk kita faham dan menggunakannya didalam sebuah ayat? Bayangkan kalau kita belajar bahasa English...mungkin 50x atau lebih.
Rahsianya ialah untuk belajar berulang-ulang denagn mendalam.
Contohnya bila kita bercakap bahasa Malaysia,kita terus cakap tanpa berfikir kerana itu adalah bahasa ibunda kita. Tetapi apabila ingin bertutur English kita selalu terhenti atau memikirkan untuk menyusun ayat. Jadi kita kena belajar supaya perkataan-perkataan dan ayat-ayat English anda keluar dari mulut secara automatik. 
Mula2 anda rasa macam tak ada apa2 perubahan, tetapi satu hari ayat itu akan keluar dengan sendirinya hingga anda pun boleh terkejut.

Hari ini cuba sebut:

Hi. How are you? (Hai.How ar u?)/How's it going? (Haus it go-in?)/How's things? (Haus things?)
Hai.Apa khabar?

Let's have lunch. (lets haf lun-ch)/Let's go for lunch. 
Jom makan tengah hari.

See you tomorrow. (si u tu-mor-row)
Jumpa lagi besok.

Besok bila anda pergi kerja, cuba gunakan, sedikit demi sedikit.Ulang dan ulang.Balik rumah, jumpa ahli keluarga,sebut saja. Yang penting ulang dan fahamkan. Mula-mula mesti kekok. Tapi bila dah sampai hari ke 7, akan rasa makin biasa.

Perhatian:
Beza antara lets dan let's (sebutan sama- lets) :
Digunakan untuk maksud membenarkan/menyewakan (lets) dan (let's) untuk perkataan bersama/mari bersama.
Perkataan lets (menyewakan) adalah dari perkataan leases.
Ingat, banyak perkataan yang sama boleh membawa makna yang berlainan bergantung pada ayat.
1.Every morning she lets the cat out.(Everi mor-ning she lets de kat out)
(Setiap pagi dia membenarkan kucing itu keluar)
2.He lets the house to a young student.(He lets de haus tu er yang stu-den)
 (Dia menyewakan rumah itu kepada seorang pelajar muda) 
3.Let's forget about it.(Mari lupakan sahaja)
 (Lets for-get er-baut it)
4. Let's see what they have. (Lets si wat day haf)
(Mari lihat apa mereka ada)


No comments: