Categories

Sunday 30 September 2012

Bahagian grammar apa patut saya belajar jika hendak bercakap English?

Cara untuk paling senang belajar English ialah dgn menghafal 'phrases' ayat2 English daripada movies, internet articles, reading materials dan sebagainya.

Sekiranya anda baru hendak bermula, anda mesti tahu 4 bahagian grammar ini:

1. Subject
2.verb
3.predicate
4.article

untuk mendapat ayat yang pendek tetapi betul. Jadi banyaklah membaca dan menghafal, pastikan membaca dgn kuat supaya anda dapat membiasakan diri mendengar diri anda bercakap Inggeris-kemudian ulang dan ulang lagi:)

Saturday 29 September 2012

Beza antara advise dan advice

Advice and advise have almost the same meaning, but a little different. Maknanya sama, nasihat cuba ada sedikit perbezaan kecil yg ramai selalu tersilap.

Bunyi : ed-vai-z

Advice  = when accepting an advice. Menerima nasihat.
That was a very good advice. I will think about it.
Itu nasihat yang baik. Saya akan fikirkan tentangnya.

Advise =  (verb)when giving an advise or recommendation. Memberi nasihat.
I advise you to go for a check up.
Saya nasihatkan awak pergi pemeriksaan (kesihatan).

Monday 24 September 2012

Penggunaan WOULD dan WILL

Saya mendapat email tentang apakah perbezaan antara WOULD dan WILL:

Will - digunakan untuk sesuatu yang pasti akan berlaku dimasa akan datang. Juga untuk apabila anda membuat pilihan dengan cepat,janji, menawar, ramalan yang agak pasti berlaku.
I will be having coffee later with her. (sesuatu yang akan berlaku)
I will wash the car tomorrow. (janji)
I will help you find the way. (tawaran)
I will definitely get wet if it rains. (ramalan)


Would - ada banyak kegunaan, untuk jemputan, permintaan, bila berbual tentang pilihan atau membuat sesuatu pengaturan.
Would you like to have coffee later? (invitation/jemputan)
Would you help me to collect my laundry after work? (request/sesuatu permintaan)
Would you prefer tea or coffee? (preference/pilihan)
Would this Friday be ok with you? (arrangement/pengaturan)

Kedua-duanya boleh digunakan untuk sesuatu keadaan.