Monday, 17 March 2014

Tips belajar English

Dua tiga minggu yang lepas saya dapat banyak emel tentang mereka yang inginkan tips untuk belajar English. Antara masalah atau keluhan saya dapat ialah:

  • Bila saya belajar English, walaupun saya dah translate saya tetap tak faham.
  • Saya cuba hafal berkali-kali maknanya atau lihat maksudnya saya masih tidak ingat.
  • Macam mana saya boleh fasih atau boleh berbahasa Inggeris?
  • Saya faham apa yang mereka cakap, tapi bila tiba waktu saya jawab kepada mereka, saya kaku.
  • Dan macam-macam lagi.


First of all, adakah anda melihat bahasa Inggeris sebagai sesuatu membebankan? Adakah ianya seperti sesuatu sampingan yang anda kena lakukan untuk mendapat sesuatu yang lain (perkara yang penting)?

Kalau ianya sesuatu yang anda tak suka, tak kiralah bahasa Inggeris ataupun belajar, anda kena cuba suka kerana ianya akan serba sedikit membantu anda progress dalam pembelajaran anda. Oleh itu, anda boleh cuba...

1. Campur benda yang anda suka dengan benda anda tak suka. Contoh jika anda sukakan bola sepak dan ikuti perkembangan bola melalui surat khabar atau internet, baca dalam bahasa Inggeris. Kalau anda wanita dan sukakan fesyen, masak, kraf, baca dalam bahasa Inggeris macam mana nak lakukan. Ini akan nampak lagi mudah dari anda membaca buku tentang penggunaan grammar dalam bahasa Inggeris.

2. Jangan buat secara mengejut. Buat dengan dengan kerap walaupun membaca atau dengar berita English 15minit sehari. Pernah tak anda cuba untuk mula berjogging? Pada mulanya rasa berat sangat, nak lari 10minit pun macam nak pancit. Lama-lama you cuba tiap2 hari makin lama stamina you makin bagus dan tahu-tahu you boleh masuk marathon. Jadi nasihat saya, buat sikit2 dulu. Tengok berita bahasa Inggeris, dengar radio Inggeris, baca apa2 article dalam BI setiap hari untuk 10 minit. Yang lebih cari maksud yang anda tak faham dan baca balik.  Jangan terlalu taksub untuk buat terutamanya jika anda rasa terpaksa.

3. Carilah seseorang yang boleh bantu anda atau seseorang yang boleh jadi idola anda. Ini kerana mereka boleh memberi anda tips dan anda boleh tanya mereka macam mana mereka lakukan (jika anda tidak suka atau terpaksa belajar).

4. Jangan takut buat silap atau terlalu fikirkan tentang apa orang kata. Ramai yang emel saya katakan mereka segan untuk cakap English atau cuba cakap English kerana tak mahu di judge, takut orang gelakkan mereka dan sebgainya. Ini penghalang paling besar yang saya lihat. Anda boleh mula cuba bercakap dirumah. Mungkin anda boleh tetapkan setiap waktu makan malam sebagai waktu cakap English. 

5. Jangan campur English dengan Bahasa. Itu kata orang. Pada saya jika anda baru nak belajar agak sukar untuk anda cuba berkata Inggeris walaupun sebaris ayat. Oleh itu cuba campur2 dulu. Buat ini bila waktu anda tengah belajar sahaja ya.

6. Practice makes perfect!

Good luck!

No comments: