Wednesday, 2 April 2014

Kesilapan yang selalu dibuat oleh pelajar bahasa Inggeris

Kali ni saya nak share kesilapan yang selalu dibuat oleh mereka yang belajar English. I pernah sebutkan tentang hal ini tapi untuk share, saya ulang lagi.

Kegunaan  s adalah pada verb (kata kerja) untuk orang ketiga.

She work at the shop across the street.
He drink coffee every morning.
He think he is still early.
Sheila eat the cake left for her.

Ayat di atas semuanya mesti diletakkan s selepas verb - works, drinks, thinks,eats

Ingat,
I eat >>>> orang pertama
you eat >>>> orang kedua
he/she/it eats >>>> adalah orang ke 3

Questions:
1.When he get angry/gets angry, he becomes very quiet.
2.She goes/go to Mabul every July.
3.Halim and Amena hold/holds hands when they go for a walk.
.


Answer:
1. When he gets angry, he becomes very quiet.
2. She goes to Mabul every July.
3. Halim and Amena hold hands when they go for a walk.

Note :Kalau anda selalu dengar orang kata enjoys...itu salah ya! Itu cuma orang main-main gunakan perkataan enjoys kerana ramai sangat orang membuat kesilapan ini. Jadi bila nak sebut enjoys, lain kali katakan begini:Enjoy your trip to Melaka, enjoy your movie, enjoy your meal, I enjoyed my coffee, the children enjoyed their trip to Legoland. Ianya betul bila you guna pada he atau she. He enjoys the morning sun, she enjoys riding her bike.


No comments: