Categories

Tuesday 29 April 2014

Menggunakan in,at dan on

In, at dan on ada pelbagai kegunaannya. Antaranya ialah untuk memberitahu dimana sesuatu itu berada:

Menunjukkan sesuatu tempat:
I am at the corner of Jalan Tun Razak and Jalan Ampang.
You can ask the girl at the reception.
We will wait at the bus stop.

Didalam sesuatu kawasan tertutup:
I am in Suria KLCC.
Ahmad and his mom is in the market.
I have a pen in my pocket.

Berada di atas sesuatu atau sesuatu yang (akan) bergerak:
I am on the bus.
It is on the table.
They are on top of Mount Kinabalu.

Tetapi yang saya selalu nampak kita tersilap ialah bila ianya digunakan untuk masa. Ramai yang keliru.

Kita gunakan at untuk tunjuk masa yang tepat.
I am seeing the doctor at 10am.
She sends her daughter at 7.15 every morning.

Gunakan on untuk tunjuk hari atau tarikh.
My next appointment is on Thursday.
I have a meeting on the 21st.

Gunakan in untuk tunjukkan masa yang lebih panjang (week,month,year, decade, century)
I will see him in a week.
She is planning to move in a year.
In two years I will be finishing my masters.


Wednesday 23 April 2014

Mana nak start belajar English ni?

Ramai yang nak belajar tapi tak tahu mana nak mula.Ianya bergantung pada tahap bahasa Inggeris anda (untuk beginners level).

Saya nasihatkan juga untuk tengok program tv, filem dalam bahasa Inggeris sebab ayat2 digunakan adalah betul. Dari situ anda boleh kumpul ayat-ayat. Pastikan anda ada buku nota untuk simpan semua benda anda belajar.

Ini idea sahaja ya untuk anda yang tak tahu mana nak start belajar:
1)Parts of speech >> the way in which words are put together to form phrases, clauses, or sentences
Nouns >> cars, lamp, flowers, teacher, sailors, skill, strength
Pronouns>>his,hers,mine,theirs
Adjectives>>describes nouns : fast cars, yellow lamp, tall teacher, strong
Preposition>> to show relation of the noun : The car is in the car park.
Verbs, regular and irregular verbs >>run, eat,ate,eaten
Conjunctions >> connect sentences, and,but,if
Interjections>> Oh! Wow!
Adverbs>> modifies verbs,adjectives: quickly, loudly,locally

2) Proverbs>> an apple a day, keeps the doctor away


3) Tenses>>past,present,future

4) And do everything in English. Makan, tido dan mimpi dalam English :D

Tuesday 15 April 2014

Cara menggunakan a, an dan the

Topik ini saya pernah sentuh sebelum ini. Tapi saya dapati masih ramai yang tidak tahu bila hendak gunakan a,an dan the bila membuat ayat. Anda tahu bila ianya diletakkan pada sesuatu huruf seperti an apple, a cat, the house tetapi keliru bila buat ayat.


serviettes
A - diguna untuk menunjukkan sesuatu yang tidak tentu atau spesifik.  Ianya juga menunujukkan sesuatu singular (satu).
A car, a teacher, a mountain, a bicycle, a boy.
Contoh: Can I have a serviette please?
Ini kerana bila kita meminta a serviette takkan kita nak pilih, jadi kita akan minta yang mana-mana sahaja.




owl/burung hantu



An - juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak spesifik, sekiranya perkataan seterusnya adalah vowel. Ia juga menunjukkan sesuatu singular.
 An apple, an elephant, an igloo, an owl, an umbrella. 
Ianya juga digunakan untuk perkataan yang berbunyi seperti vowel, seperti hour. An hour (sejam) di mana h nya tidak disebut.  








omelette/telur dadar
The - digunakan dihadapan sesuatu noun yang anda dan mereka yang bercakap dengan anda tahu apa yang dibincangkan. Ianya boleh menunjukkan singular ataupun plural. Contoh :
 Have you finished the report
Are you done with the omelette
I have sent the children to school.
The bags are in the cupboard.




Jadi di manakah nak letak a, an dan the ni? Letakkan mereka sebelum sesuatu noun. Adakala kita tidak mengguna a dihadapan noun, dimana jika noun tersebut adalah plural (berganda). Tetapi boleh dengan the.
Can I have some fruits please?
Where are the keys?
The keys are on the table.
The boys are waiting for a bus.


Vocabulary:
Ini bukan serviettes ya!
serviette = tisu kertas yang digunakan untuk lap jari/mulut, selalu lebih tebal dari tisu biasa.Ia bukan tisu kertas yang pakai kat kedai mamak tu ya. Ianya adalah jenis tebal dan bukan jenis 2 ply sahaja. Tapi ni kira standard serviette kat Malaysia lah kalau kita pergi sesetengah tempat makan.

vowel = huruf a,e, i, o, u
noun = kata benda >> api, lembu, garpu, telur, jalan

Monday 7 April 2014

Bila nak gunakan how much dan how many?



Bila nak gunakan how much dan bila nak gunakan how many?

How much adalah uncountable noun. If korang ada pernah baca tentang apa itu noun, you akan tahu bahawa noun itu adalah kata benda am.

Contoh noun: car, aeroplane, shop, school, chicken, box, bottle,

Uncountable noun adalah kata benda yang tak boleh dikira. Contohnya:
water, sugar, money,cheese, jewelry

Soalan untuk uncountable noun: 
How much money do you have?
How much sugar is there?


How many ialah countable noun, kata benda yang boleh dikira.
Countable noun adalah seperti : apples, oranges, cars, tables, pillows

Soalan untuk countable noun:
How many apples did you buy?
How many cars do you have?

Thursday 3 April 2014

FREE 30MINS CONVERSATION - SIGN UP BY 10TH APRIL

It's April again!
Anyway, I am offering a 30 mins free conversation for any of you who are interested to learn English with me.There is no obligation, if after the free session you decide not to learn English with me, don't worry about it.

All you have to do is:
Email me maya.learnenglish@gmail.com the following details before 10th of April ( free session is for April only) - name,email and contact number, date, day and time you want to have the free conversation.

Saya nak offer kelas percuma bagi mereka yang nak belajar English dengan saya. Sebab saya dapat banyak emel dari anda yang ingin belajar tapi mungkin segan, tak punya masa, tak boleh commit, tak dapat bayar dan macam-macam sebab lain yang menghalang anda. Ramai juga yang mungkin tak biasa belajar perbualan online atau tak faham macam mana belajar secara online. Jadi, saya tawarkan 1 kelas percuma 30 mins untuk bercakap dalam BI dengan saya dengan menggunakan Google Hangout.Jika lepas tu anda rasa anda ingin belajar dengan saya, great, kalau tak, no problem. Emelkan saya, maya.learnenglish@gmail.com maklumat berikut sebelum hari terakhir Khamis, 10 April -nama, telefon dan emel, hari, tarikh dan waktu anda mahu belajar percuma.

Saya akan jawab emel dan hubungi anda antara jam 8 pagi hingga 10malam (insyaAllah/with God's willing). Jika anda emel saya selepas jam 12 malam saya akan jawab kembali keesokkan harinya.

Google Hangout adalah sama seperti Skype, Yahoo atau mana2 chat applications yang ada. Anda kena download plug in : https://www.google.com/tools/dlpage/hangoutplugin  Kalau anda ada smartphone, anda boleh gunakan dari smart phone anda :) Google Hangout sangat bagus - anda boleh chat dengan orang, buat presentation online dan share files, tengok files, documents dan gambar bersama atau pun untuk kerja.

Kalau ada yang nak guna Whatsapp sahaja, boleh, tapi I am not a big fan of using Whatsapp for learning.




Wednesday 2 April 2014

Kesilapan yang selalu dibuat oleh pelajar bahasa Inggeris

Kali ni saya nak share kesilapan yang selalu dibuat oleh mereka yang belajar English. I pernah sebutkan tentang hal ini tapi untuk share, saya ulang lagi.

Kegunaan  s adalah pada verb (kata kerja) untuk orang ketiga.

She work at the shop across the street.
He drink coffee every morning.
He think he is still early.
Sheila eat the cake left for her.

Ayat di atas semuanya mesti diletakkan s selepas verb - works, drinks, thinks,eats

Ingat,
I eat >>>> orang pertama
you eat >>>> orang kedua
he/she/it eats >>>> adalah orang ke 3

Questions:
1.When he get angry/gets angry, he becomes very quiet.
2.She goes/go to Mabul every July.
3.Halim and Amena hold/holds hands when they go for a walk.
.


Answer:
1. When he gets angry, he becomes very quiet.
2. She goes to Mabul every July.
3. Halim and Amena hold hands when they go for a walk.

Note :Kalau anda selalu dengar orang kata enjoys...itu salah ya! Itu cuma orang main-main gunakan perkataan enjoys kerana ramai sangat orang membuat kesilapan ini. Jadi bila nak sebut enjoys, lain kali katakan begini:Enjoy your trip to Melaka, enjoy your movie, enjoy your meal, I enjoyed my coffee, the children enjoyed their trip to Legoland. Ianya betul bila you guna pada he atau she. He enjoys the morning sun, she enjoys riding her bike.