Categories

Friday 19 December 2014

Update untuk latihan hari Khamis (simple past)

Untuk latihan yang saya berikan pada hari Khamis, masih ada yang mencuba latihan walaupun saya telah meletakkan deadline untuk latihan tersebut. Jadi, saya akan semakkannya - dan email kepada anda.

Saya ingin ingatkan untuk mana-mana latihan yang anda buat, pastikan:
1)Baca arahan yang diberikan.
2)Pastikan anda tulis dengan betul - saya perlukan anda tulis dengan penuh dan bukan dalam singkatan untuk pastikan ejaan anda betul. Anda juga perlu tulis dengan huruf besar dimana perlu dalam bahasa Inggeris, seperti nama orang, nama tempat, hari, di awal ayat dan juga titik nokhtah mengakhiri ayat dan lain-lain. Waktu buat latihan sahaja...waktu lain whatsapp, emel saya takpe tulis macam mana pun.
3)Waktu deadline saya berikan adalah penting kerana saya menggunakan applikasi untuk semak jawapan anda. Jika anda terlepas waktu deadline saya berikan, anda boleh cuba latihan seterusnya minggu hadapan. I have to be fair to those who actually make the time to do within the time frame I have given them. If  you missed the deadline, look out for the next following exercise.
4) Saya akan cuba /beri latihan lebih termasuk answer sheet dimasa akan datang.
5) Sila isikan nama anda dan emel anda. Emel adalah penting untuk anda, bukan saya kerana jawapan akan dihantarkan melalui emel anda. Saya akan emelkan jawapan pada hari yang sama...jadi anda boleh semak keesokkan hari untuk jawapan atau malam yang sama. Semak spam mail anda atau emel yang anda isikan. Jika anda terlepas waktu deadline, jawapan anda tidak disemak.

Saya sebenarnya tak berapa kisah sangat...tapi saya hargai/appreciate kalau anda beritahu yang anda ingin membuat latihan tersebut dan terlepas masa. Ini kerana saya kena buat masa untuk membaca balik jawapan anda dan buat penilaian.

So itu saja. Have a great weekend. Hubungi saya kalau ingin tahu tentang pakej belajar yang saya anda. Pakej RM50 untuk belajar simple past masih berjalan hingga hujung bulan. 

No comments :