Friday, 28 November 2014

Short quiz on like, likes and liked - check free quiz

Happy Friday people!
Siapa yang nak jawab quiz sila pergi bahagian free quiz. Pastikan masukkan emel kerana jawapan semua akan saya beri dalam bentuk emel.

Topik like, likes dan liked ini saya pernah sentuh sebelum ini. InsyaAllah cari bahagian search box diatas belah kiri akan keluar.

Oh ya, siapa yang berminat dengan promosi November, ianya masih terbuka. You boleh beli pakej bulan ini dan masih guna untuk bulan depan. Selain dari yang saya tulis dipromo tu, saya bagi lagi tips percuma dan freebies lain untuk bantu anda lebih bermotivasi untuk belajar, insyaAllah!

Wednesday, 5 November 2014

November promo and when to use some or any

Maaf baru-baru ni saya kurang sihat - ada emel & whatsapp yang saya mungkin terlepas...saya sudah emel dan jawab whatsapp kembali. Harap masih ada yang minat untuk belajar.
Sempena November ini, saya buat promosi kelas, 6 kelas x 50min untuk RM150, termasuk latihan pendek whatsapp 2x seminggu untuk 4 minggu. Kelas online bermula 10hb November ke atas. 
You boleh ambik 3 kelas perbualan dan 3 kelas pemahaman/penulisan atau topik tertentu you ingin belajar.Saya akan cuba ajar grammar asas sekali, membina ayat, tenses (penggunaan masa) dan menjelaskan parts of speech (pengunaan have, do, verb to be dll). dalam perbualan atau pemahaman.
Jadi kalau berminat emel kepada saya, maya.learnenglish@gmail.com


When to use some or many? Bila untuk gunakan some atau many?

Some dan any boleh digunakan untuk countable dan uncountable nouns. klik sini untuk tahu apa itu countable dan uncountable nouns.

Some
1)Some digunakan dalam ayat bila kita tidak tahu bilangan tertentu sesuatu benda atau jumlahnya tidak penting. Ianya digunakan dalam ayat positif.

We have some vegetables in the fridge.
I have some money with me.

2)Kita juga gunakan some dalam soalan menawarkan/meminta.
Can I have some water? (meminta)
Would you like some sweets? (menawarkan)

Any
1)Digunakan dalam ayat negative dan soalan.

I don't have any money.
Does Amir have any sisters?

2)Digunakan dalam ayat dimana jawapannya tidak kisah yang mana satu.
When can I call you? You can call me any time.
Do you have any movie preferences? Any movie is good.
Is there any particular chocolate you want? Any chocolate is fine.