Categories

Friday 16 January 2015

Bagaimana hendak gunakan couldn't dan didn't?

Soalan ini saya dapat dari Atikah, 2 hari lepas. Hari ni baru ada masa sikit untuk jawab. Pertama sekali kita kena tahu apakah couldn't dan didn't ni.

Could 
1)Couldn't adalah contraction dari could not, iaitu bentuk negatif could
2)Could dan couldn't adalah bentuk past can dan can't.

Could bermaksud sesuatu yang berkemungkinan, pilihan untuk melakukan sesuatu tetapi tidak melakukan di masa yang lepas atau memberi cadangan,minta bantuan dengan baik. Contoh:
I could have picked you up. (Saya mungkin boleh ambil kamu)
Could you send me to the station? (Boleh awak hantar saya ke stesen?)
You could have bought the cake. (Awak boleh saja beli kek itu)

Jadi couldn't bermaksud sesuatu yang boleh tetapi tidak dapat dilakukan.
I was sick, so I couldn't go to work. (Saya sakit, jadi saya tidak dapat pergi kerja)
We couldn't open the door, it was stuck.(Kami tidak dapat buka pintu, ianya tersangkut)
They couldn't come because of the heavy rain. (Mereka tidak dapat datang kerana hujan lebat)

Didn't
1) Didn't adalah contraction dari did not, iaitu bentuk negatif did.
2) Did dan didn't adalah bentuk past do dan does.

Did bermaksud telah melakukan atau pernah. Contoh:

chores -selalu dikait dengan kerja rumah
He did it! (Dia yang buat/dia telah buat)
We did the chores as you asked. (Kami telah lakukan kerja2 seperti yang kamu minta)
I did go to the zoo. ( Saya memang telah pergi ke zoo tersebut).
We did have a red car. (Kami pernah memiliki kereta bewarna merah)

Jadi didn't bermaksud tidak .... sesuatu. Ianya bergantung pada apa perkataan yang datang selepas didn't.. Contoh:
I didn't do it. ( Saya tidak melakukannya/Saya tidak buat).
We didn't have the time to do the chores you asked. (Kami tidak ada masa untuk melakukan kerja2 yang kamu minta).
I didn't eat breakfast this morning. (Saya tidak makan sarapan pagi ini)
Hamid didn't drive today. (Hamid tidak memandu hari ini)
Didn't you have a red car? (Bukankah kamu memiliki kereta bewarna merah?)

Kegunaan couldn't dan didn't adalah berbeza. Harap ini dapat membantu. Happy Friday!

2 comments :

Unknown said...

Aahh saya baru tahu couldn't dgn didn't ialah past tense.. thnkz.. tpi kn lps gunakn didn't dgn couldn't kena ayat original ekk/?? saya mcm perasaan la dkt cth ayat kat atas

Unknown said...

Kalau cakap i have been... betul tak?