Selamat Hari Merdeka ke 59 Malaysia!
Sempena Hari Merdeka ini, saya nak terangkan sedikit penggunaan 'Independence'.
Independence, bila kita gunakan dalam context 'Happy Indepence Day' kita menyatakan Selamat Hari Merdeka. Tetapi kalau hal lain, apakah maksud independence?
Indepence memang selalunya dikaitkan dengan maksud merdeka.Bagaimana pula dengan :
Independent dan independently?
Independent jika anda guna google translator dia akan keluar bebas. Betul tapi macam mana nak guna?
She is a very independent child.
Dia seorang anak yang sangat berdikari.
Jadi disini maksudnya berdikari bukan bebas.
They are doing an independent research.
Mereka sedang melakukan penyelidikan persendirian.
Disini bermaksud mereka melakukan penyelidikan sendiri tanpa bantuan luar.
Independently
Secara sendirian,individu,bebas, tidak terikat,tanpa bantuan
Last year, while roughly 3,000 independently owned restaurant closed their doors, more than 1,115McDonald's thrived.
Tahun lepas, apabila dianggarkan hampir 3 ribu pemilik restauran persendirian menutup kedai mereka, lebih dari 1,115 McDonald's bercambah.
Jadi pilihlah perkataan yang sesuai dengan ayat anda. Sekian saja di Hari Merdeka ini :)
No comments :
Post a Comment