Categories

Tuesday 27 May 2014

Penggunaan verb was dan had

Akhir-akhir ini ramai yang emel saya tanya apa perbezaan was dan has? Sangat berbeza. Cuma mungkin apa yang buat you keliru ialah kedua-duanya adalah past tense dan tidak tahu nak guna mana satu untuk situasi apa kerana kegunaan past tense tidak ada dalam bahasa kita.

Was dan had adalah helping verb. Dalam latihan kelas saya, saya beri penerangan penuh cara menggunakan helping verbs atau auxiliary verbs ini.

Penggunaan was:

Am = adalah, ialah (digunakan dengan I)
Was = telah, pernah (digunakan dengan I)

I was there yesterday.
Saya berada disana semalam.

He was a naughty child.
Dia seorang budak yang nakal semasa kecil.

They were waiting for the bus.
Mereka telah tunggu untuk bas tersebut.

It was left on the floor.
Ianya telah ditinggalkan di atas lantai.

Was digunakan bersama subjek ( I,he,she,it, you, they, we) untuk menunjukkan sesuatu yang telah lepas, atau berlaku.


Penggunaan had:

Have = memiliki ( digunakan dengan I, you, they)
had = telah memiliki (digunakan I,you, he,she,it,they)


I had a cat.
Saya pernah memiliki seekor kucing.

I had a yellow bicycle.
Saya pernah memiliki sebuah basikal kuning.

I had a cup of coffee.
Saya telah minum secawan kopi.


Had digunakan bersama subjek (I, he,she, it, you, they, we) untuk menunjukkan sesuatu yang anda pernah lalui, miliki.







Monday 26 May 2014

Kelas di Putrajaya Jun 2014

InsyaAllah Jun ini saya berniat untuk buat kelas 'Introduction to English' di Putrajaya. Kelas ini adalah kelas 2 jam dimana saya akan terangkan perkara-perkara asas dalam bahasa Inggeris supaya anda boleh belajar sendiri dengan lebih mudah atau sambung dengan mengambil kelas online saya. Jika anda berminat, sila hubungi segera kerana saya cuma mengambil maksima 5 orang satu sesi.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut melalui emel maya.learnenglish@gmail.com atau whatsapp ke 0176116432.

Friday 9 May 2014

Happy Mother's Day!




Sempena Hari Ibu pada hari minggu ini, saya membuat promosi belajar Inggeris asas -6 latihan utama pada harga RM120 termasuk 6 latihan pendek percuma.Latihan termasuk pemahaman verb to be (am, is,are,was,were),have, do, verbs,adjectives, nouns dan susun ayat. Anda hanya perlu kirimkan gambar anda bersama anak2 kepada saya sebagai bukti. 

Hanya terbuka untuk 6 ibu pertama. Hubungi saya di maya.learnenglish@gmail.com.Tarikh akhir pembelian ialah pada 17Mei.

Wednesday 7 May 2014

Welcome May! Apa itu singular dan plural?

I hope everyone had enjoyed their Labour Day holiday last week (and a long weekend to those who took Friday off).

Anyway, just nak bagitahu, kalau anda nak cuba Google Hangout dengan saya, sila buat temujanji dahulu. InsyaAllah minggu depan saya akan adakan  "Free 15 minutes English conversation" lagi, dari Isnin 12Mei-16Mei. Jadi anda boleh set masa dan tarikh untuk cuba.

Okay...setiap kali saya ajar saya pun akan belajar benda baru. Benda baru saya belajar ialah apa yang buat mereka yang belajar English keliru. Jadi saya nak terangkan benda2 asas dulu supaya anda faham untuk kegunaan harian. Jadi hari ni kita tengok apa itu singular dan plural.Singular dan plural digunakan selalunya untuk noun bagi menunjukkan ianya satu atau lebih (kata benda am).

Singular = menunjukkan satu (tak kiralah benda, orang, tempat...yang penting ingat ianya satu). Bila gunakan singular, tiada imbuhan diperlukan.
girl, boy,mother, flower, box, bathroom,car, carpet, office, one million dan lain-lain.

Plural = menunjukkan 2 atau lebih (tak kiralah kalau berjuta pun).
Plural ini tricky sebab dia akan berubah bentuk. Kalau yang biasa, anda hanya perlu tambah -s atau kadang kala -es sahaja.
Contoh : mothers, girls, boys, flowers,offices,boxes, millions



Tetapi ada juga yang berubah bentuk seperti:
child = children, tooth= teeth, shelf = shelves

Dan ada juga yang tidak berubah bentuk langsung walaupun ianya plural:
fish=fish,sheep=sheep,deer=deer

Pada saya yang penting anda tahu nama-nama benda dulu, kemudian baru belajar apakah bentuk pluralnya. Tiada cara mudah tapi untuk anda kumpulkan nama2 benda...cuba namakan benda2 di rumah anda dan tambahkan plural. 

*Ingat ya, furniture ialah furniture tiada -s kerana ianya adalah sekumpulan perabot.