Phrasal verb adalah kata kerja bergabung selalunya dengan adverb (kata keterangan) atau preposition (kata sendi) yang memberi makna yang lain. Kalau dalam BM tu macam kata pepatah la, siapa makan cili dia terasa pedas - bukan suruh you makan cili untuk rasa pedas, tapi kita sudah tahu kalau makan cili itu pedas dan ianya, membawa maksud yang lain. Kata mereka macam figuratively speaking (metafor). Ianya sama penting macam belajar vocabulary kerana ianya digunakan dalam hampir semua perbualan bahasa Inggeris. Cara mudah belajar phrasal verb ialah dengan memahami kegunaan setiap verb/adverb/preposition itu tersendiri dan kemudian gabungkan. Kalau anda hafal, mungkin anda ingat, tetapi tidak tahu cara atau bila hendak menggunakannya.
Contoh beberapa ayat phrasal verb:
1. Last night I ran into an old friend.
Maksud : Malam tadi saya terserempak dengan seorang kawan lama - bukan saya lari langgar seorang kawan lama.
2. I looked up for the answer on Google.
Maksud : Saya mencari jawapan di Google bukan saya tengok atas untuk mendapat jawapan dari Google.
3.I looked up to her.
Maksud : Saya hormati dia, bukan saya pandang ke atas pada dia.
4. The lady broke down when she heard the news.
Maksud : Perempuan itu terus menangis kesedihan apabila dia mendapat/mendengar berita tersebut. Bukan perempuan itu rosak bila dia mendapat/mendengar berita.
5.The car broke down at the traffic light.
Maksud :Kereta rosak di lampu isyarat trafik. Ini baru broke down yang kerap digunakan orang kita :) (Ini disebut literally speaking - sesuatu yang benar2 berlaku)
6. I broke up with him in November.
Maksud : Saya putus hubungan (cinta/romantik) dengan dia pada bulan November...bukan pecah ke atas...
7. A group of prisoners broke out from the jail.
Maksud: Sekumpulan melarikan diri dari penjara.
Maksud : Ruam dia keluar/naik selepas pergi berkhemah.(bukan pecah)
9. The test was a piece of cake.
Maksud : Ujian tadi sangat mudah. Bukan ujian tadi sepotong kek.
10. The doctor wants me to cut back on sweet and fatty food.
Maksud: Doktor mahu saya kurangkan makanan manis dan berlemak. Bukan potong belakang - ingat, jangan translate direct BM ke BI...lain jadinya!
9. The test was a piece of cake.
Maksud : Ujian tadi sangat mudah. Bukan ujian tadi sepotong kek.
10. The doctor wants me to cut back on sweet and fatty food.
Maksud: Doktor mahu saya kurangkan makanan manis dan berlemak. Bukan potong belakang - ingat, jangan translate direct BM ke BI...lain jadinya!
2 comments :
Thank you. Lain kali kalau nak iklan, tanyalah saya dulu, bagi salam ke. Saya bertahun buat blog ni, takde spam orang, iklan kat blog orang...semua usaha sendiri. Please have some dignity, some pride or feel something when you simply post in your ad on someone's blog. You could pay me to advertise or something, right? Ask me if I want to be a partner with MyCambridge??
Sangat membantu. Terima kasih.
Post a Comment