Categories

Showing posts with label Belajar english free. Show all posts
Showing posts with label Belajar english free. Show all posts

Tuesday, 21 April 2015

Want to join JBE whatsapp group?

I have 5 spots left. If you want to join (it's FREE!) Whatsapp me asap at 0126116157. The first 5 will be added into the group.

*note - I don't teach in this group. This is more of a support group for those who wants to learn English. Sekali sekala saya akan komen dimana patut.

Kalau minat hubungi saya :)

Thursday, 3 April 2014

FREE 30MINS CONVERSATION - SIGN UP BY 10TH APRIL

It's April again!
Anyway, I am offering a 30 mins free conversation for any of you who are interested to learn English with me.There is no obligation, if after the free session you decide not to learn English with me, don't worry about it.

All you have to do is:
Email me maya.learnenglish@gmail.com the following details before 10th of April ( free session is for April only) - name,email and contact number, date, day and time you want to have the free conversation.

Saya nak offer kelas percuma bagi mereka yang nak belajar English dengan saya. Sebab saya dapat banyak emel dari anda yang ingin belajar tapi mungkin segan, tak punya masa, tak boleh commit, tak dapat bayar dan macam-macam sebab lain yang menghalang anda. Ramai juga yang mungkin tak biasa belajar perbualan online atau tak faham macam mana belajar secara online. Jadi, saya tawarkan 1 kelas percuma 30 mins untuk bercakap dalam BI dengan saya dengan menggunakan Google Hangout.Jika lepas tu anda rasa anda ingin belajar dengan saya, great, kalau tak, no problem. Emelkan saya, maya.learnenglish@gmail.com maklumat berikut sebelum hari terakhir Khamis, 10 April -nama, telefon dan emel, hari, tarikh dan waktu anda mahu belajar percuma.

Saya akan jawab emel dan hubungi anda antara jam 8 pagi hingga 10malam (insyaAllah/with God's willing). Jika anda emel saya selepas jam 12 malam saya akan jawab kembali keesokkan harinya.

Google Hangout adalah sama seperti Skype, Yahoo atau mana2 chat applications yang ada. Anda kena download plug in : https://www.google.com/tools/dlpage/hangoutplugin  Kalau anda ada smartphone, anda boleh gunakan dari smart phone anda :) Google Hangout sangat bagus - anda boleh chat dengan orang, buat presentation online dan share files, tengok files, documents dan gambar bersama atau pun untuk kerja.

Kalau ada yang nak guna Whatsapp sahaja, boleh, tapi I am not a big fan of using Whatsapp for learning.




Monday, 17 March 2014

Tips belajar English

Dua tiga minggu yang lepas saya dapat banyak emel tentang mereka yang inginkan tips untuk belajar English. Antara masalah atau keluhan saya dapat ialah:

  • Bila saya belajar English, walaupun saya dah translate saya tetap tak faham.
  • Saya cuba hafal berkali-kali maknanya atau lihat maksudnya saya masih tidak ingat.
  • Macam mana saya boleh fasih atau boleh berbahasa Inggeris?
  • Saya faham apa yang mereka cakap, tapi bila tiba waktu saya jawab kepada mereka, saya kaku.
  • Dan macam-macam lagi.


First of all, adakah anda melihat bahasa Inggeris sebagai sesuatu membebankan? Adakah ianya seperti sesuatu sampingan yang anda kena lakukan untuk mendapat sesuatu yang lain (perkara yang penting)?

Kalau ianya sesuatu yang anda tak suka, tak kiralah bahasa Inggeris ataupun belajar, anda kena cuba suka kerana ianya akan serba sedikit membantu anda progress dalam pembelajaran anda. Oleh itu, anda boleh cuba...

1. Campur benda yang anda suka dengan benda anda tak suka. Contoh jika anda sukakan bola sepak dan ikuti perkembangan bola melalui surat khabar atau internet, baca dalam bahasa Inggeris. Kalau anda wanita dan sukakan fesyen, masak, kraf, baca dalam bahasa Inggeris macam mana nak lakukan. Ini akan nampak lagi mudah dari anda membaca buku tentang penggunaan grammar dalam bahasa Inggeris.

2. Jangan buat secara mengejut. Buat dengan dengan kerap walaupun membaca atau dengar berita English 15minit sehari. Pernah tak anda cuba untuk mula berjogging? Pada mulanya rasa berat sangat, nak lari 10minit pun macam nak pancit. Lama-lama you cuba tiap2 hari makin lama stamina you makin bagus dan tahu-tahu you boleh masuk marathon. Jadi nasihat saya, buat sikit2 dulu. Tengok berita bahasa Inggeris, dengar radio Inggeris, baca apa2 article dalam BI setiap hari untuk 10 minit. Yang lebih cari maksud yang anda tak faham dan baca balik.  Jangan terlalu taksub untuk buat terutamanya jika anda rasa terpaksa.

3. Carilah seseorang yang boleh bantu anda atau seseorang yang boleh jadi idola anda. Ini kerana mereka boleh memberi anda tips dan anda boleh tanya mereka macam mana mereka lakukan (jika anda tidak suka atau terpaksa belajar).

4. Jangan takut buat silap atau terlalu fikirkan tentang apa orang kata. Ramai yang emel saya katakan mereka segan untuk cakap English atau cuba cakap English kerana tak mahu di judge, takut orang gelakkan mereka dan sebgainya. Ini penghalang paling besar yang saya lihat. Anda boleh mula cuba bercakap dirumah. Mungkin anda boleh tetapkan setiap waktu makan malam sebagai waktu cakap English. 

5. Jangan campur English dengan Bahasa. Itu kata orang. Pada saya jika anda baru nak belajar agak sukar untuk anda cuba berkata Inggeris walaupun sebaris ayat. Oleh itu cuba campur2 dulu. Buat ini bila waktu anda tengah belajar sahaja ya.

6. Practice makes perfect!

Good luck!

Thursday, 13 February 2014

New section - Free stuff

Good news untuk anda yang ikuti blog saya.

I am feeling generous and happy that many of you have taken my email lessons! Jadi saya akan buka ruang FREE STUFF di mana saya akan letak latihan percuma untuk anda yang ingin tahu tentang email lessons saya atau hanya untuk cuba2 :)

Anda boleh rujuk kepada artikel di blog dan buat latihan.

So far saya cuma sempat letak satu sahaja, insyaAllah (with God's willing) saya akan cuba letak lagi untuk anda.

Good luck! Do comment if you have any request or like them ;)

Tuesday, 22 March 2011

Bored vs Boring

Bored
ialah adjektif yang menceritakan apabila seseorang berasa penat, perasaan tidak gembira akibat penat atau tiada benda benda untuk dibuat.

I was so bored with the movie that I fell asleep.
We are bored walking to school everyday.
I am bored to death! >> BM: Saya/aku boring nak mampus.

Boring
ialah adjektif bermaksud sesuatu/seseorang yang membosankan, tidak menarik ataupun mengujakan.

The movie was so boring that I fell asleep.
The tour was really boring.
This is so boring! >> BM:Boringnya!

Saturday, 26 February 2011

Where can I practice my English? Mana saya boleh practice English saya?

There are a few places that I can think of where you can practice your English without fear:
Ada beberapa tempat saya boleh fikirkan dimana anda boleh berlatih bahasa Inggeris:

1. McDonald's - I would like to have the number 1 set, please.
Saya mahu set nombor 1.

2. Starbucks - Can I have a cafe latte? (ka-fey la-tey), Can I have it without the whip cream please?
Boleh saya dapatkan kopi susu? Boleh saya dapatkan ia tanpa krim putar?

3. Any fast food chains or making orders online  - Do you have any promotion today?
Mana-mana kedai makanan segera atau ketika membuat tempahan online - Anda ada apa2 promosi hari ini?

4. Restaurants (I think kopitiam is still ok) - We like to place our order/ We are ready to order.
Kami mahu membuat tempahan./ Kami sedia untuk menempah.

5. At the bank - Hi, is this the correct form for...?
Hi,adakah ini borang yang betul untuk...?

6. Buying movie tickets, concerts - Do you still have tickets for I am Number Four?
Masih ada tiket lagi untuk I am Number Four?

7. Making room reservation at the hotel - Do you have a connecting room on the same floor?
Anda masih ada bilik bersambung di tingkat yang sama?

8. SHOPPING :D - Can I get this in a different colour? Is there a size 2?
Boleh saya dapatkan ini dalam warna lain? Ada tak dalam saiz 2?

and you can also practice with children! dan anda boleh berlatih dengan kanak2!

Places that you should avoid if you are a beginner. Tempat anda patut elak sekiranya anda baru bermula:

1. Hair salons are not the best place for you to practice your English
Salun gunting rambut
Salon= se-lon maksudnya sebuah ruang yang digunakan untuk perniagaan dsbgnya
Saloon = se-lun tempat minum arak, macam dalam cerita western mat salleh

2. Dentist, doctors, pharmacist
Doktor gigi, mana2 doktor, ahli farmasi

Good luck and keep on practicing!

Saturday, 19 February 2011

Difference between lend and borrow (meminjam & pinjamkan)

Lend and borrow can easily be confused. Here are some tips to remind you on the difference. Ramai yang selalu confuse tentang 'lend' dan 'borrow'. Ini tips untuk mudah ingat bezanya:

Use the word lend when you are giving something to someone.
Guna lend bila anda berikan barang kepada seseorang.

Let me lend you my pencil.
Biar saya meminjamkan awak pensil saya.

Borrow is when you take from someone.
Borrow pula ialah bila anda ambil dari seseorang.

Can I borrow your pencil?
Boleh saya pinjam pensil awak?


Wednesday, 9 February 2011

How do you like your eggs? Jom breakfast!

Siapa yang suka makan telur, mesti macam2 cara telur di masak yang dia suka. So I thought today we'll talk about eggs...I'm having scramble eggs later:D

Sunny side up - (sunni said up)telur mata...bila dia serve, the eggs mesti dalam photo bawah ni.Dia cuma masak on one side.
 

Fried eggs- (fraid egz) telur goreng. Macam sunny side up, tapi tak kisah belah mana. Di masak betul2. Ada jugak yang panggil over hard, over medium.

Scramble, scrambled eggs...(skrembel egz) tak pasti apa dalam Bahasa Malaysia...
 
How I make my scramble eggs:
Butter, eggs, milk :) sometimes with cheese and oregano...yumm!

Poached eggs...(poh-chd egz) telur yang di pecah dalam air. putih telur masak elok, dan kuning telur lembut. Kat Malaysia rasanya jarang orang makan kot. Tapi restaurants mesti ada, I think.

Omelette...(om-let) telur dadar, tapi tak sama macam kita punya, because ours has chilies etc... and  sebab rasanya telur dadar kita is meant more for lunch /dinner ...I like my omelette with mushrooms, tomatoes and cheese.

half boiled egg...(haf boild eg) telur separuh masak

Egg benedict...(eg beh-ne-dik) nama dalam BM tak ada, sebab ni memang makanan orang barat. Apa benda egg benedict nih?
Basic egg benedict ada: English muffin, ham, eggs dan hollandaise sauce...kat The Apartment KLCC ada kot...tak pun Delicious Dua Residency Tun Razak, Dome confirm ada...sometimes I miss going back to my hometown:(

boiled egg...telur rebus


eggs over easy, cooked on both side, white egg is fully cooked and the yellow is kept runny....telur goreng...masak dua-dua belah. Putih telur masak elok dan kuning di biar kurang masak....

Monday, 7 February 2011

Got to go!

How to tell them you have to go?

I’m sorry, I have to go. Maaf, saya kena pergi.
Ai-m sorri, I hav tu go.

I have to make a move. Saya kena pergi.
I hav tu maek er muv.

I need to go off now. Saya kena pergi sekarang.
I nid tu go of nau.

I'll see you again. Saya jumpa awak lagi.
Ail c u ergayn.

I got to go. Saya kena pergi.
I got tu go.

I see you soon.Saya jumpa awak tak lama lagi.
I c u sun.



Sunday, 6 February 2011

How much money do you have?

How much is used for non countable noun or singular object
How much digunakan untuk noun yang tidak boleh dikira atau satu bentuk yang tidak dapat dihitung banyaknya. Seperti air,minyak dan lain-lain.
How much milk is left?
How much was the book?
How much money do you have?

How many is used for countable noun or plural
How many digunakan untuk noun yang boleh dikira. Seperti sebuah kereta, dua buah kereta.
How many pairs of shoes do you have?
How many times have you eaten there?
How many children are in the playground?


Contohnya clothes (baju). 

Clothes ialah gabungan berkataan dari bermacam-macam helaian pakaian seperti:
pants, shorts, t-shirts, shirts, skirts, blouse and so on.
Di sini clothes akan dikira sebagai uncountable noun. Jadi bila bertanya:
How much clothes did you buy?
Tetapi, kalau anda bertanya yang spesifik:
How many shirts did you buy?

Wednesday, 12 January 2011

Website belajar free lagi!

Ini website free untuk anda belajar mendengar.Pertama dengar, jawab soalan quiz dan ketiga baca text yang anda dengar untuk practice bercakap.

Click listening lesson. Buat satu tiap2 hari!

Thursday, 23 December 2010

Lagi links untuk belajar English percuma

Saya suka website ini dan cara pengajaran.
http://teacherphil.com

Monday, 20 December 2010

Belajar English Free

Terdapat banyak website yang boleh membantu anda belajar English.

Antaranya:
http://howjsay.com

Belajar macam mana nak sebut perkataan dalam bahasa Inggeris.

Forum chatting belajar bahasa Inggeris dari serata dunia.

Belajar prepositions dan lain2 grammar.

Motivasi untuk belajar English. You can do it!