Categories

Showing posts with label faham English. Show all posts
Showing posts with label faham English. Show all posts

Friday, 7 January 2011

Belajar dengan mendengar

Macam mana ya?Mungkin kalau kawan2 ofis bercakap English anda boleh faham kerana lingo bunyinya mungkin hampir dengan bahasa kita. Tapi macam mana nak faham percakapan Bahasa Inggeris dalam berita atau movies?
Lagi sekali saya tekankan, untuk belajar English conversation, anda kena dengar English conversation bukan baca text book conversation.Berhenti belajar English conversation dengan text book.
Caranya:
Banyak dengar perbualan Bahasa Inggeris melalui drama, movies, berita, radio dan membaca majalah, buku komik Inggeris (macam Archie), surat khabar dan sebagainya. Untuk belajar English conversation secara betul anda kena dengar percakapan sebenar, harian yang digunakan.

Nasihat dari saya:
Jangan terlalu tertekan untuk belajar bercakap. Ada ramai orang yang belajar tetapi tekniknya salah dan membuat mereka terasa tertekan kerana telah banyak menghabiskan masa dan wang untuk belajar tetapi masih tidak boleh. Berikan diri anda masa untuk belajar hingga boleh.Kepada mereka yang ada nak tanya, tulis saja di tempat comment:)