Topik ini saya pernah sentuh sebelum ini. Tapi saya dapati masih ramai yang tidak tahu bila hendak gunakan a,an dan the bila membuat ayat. Anda tahu bila ianya diletakkan pada sesuatu huruf seperti an apple, a cat, the house tetapi keliru bila buat ayat.
![]() |
| serviettes |
A - diguna untuk menunjukkan sesuatu yang tidak tentu atau spesifik. Ianya juga menunujukkan sesuatu singular (satu).
A car, a teacher, a mountain, a bicycle, a boy.
A car, a teacher, a mountain, a bicycle, a boy.
Contoh: Can I have a serviette please?
Ini kerana bila kita meminta a serviette takkan kita nak pilih, jadi kita akan minta yang mana-mana sahaja.
![]() |
| owl/burung hantu |
An - juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak spesifik, sekiranya perkataan seterusnya adalah vowel. Ia juga menunjukkan sesuatu singular.
An apple, an elephant, an igloo, an owl, an umbrella.
An apple, an elephant, an igloo, an owl, an umbrella.
Ianya juga digunakan untuk perkataan yang berbunyi seperti vowel, seperti hour. An hour (sejam) di mana h nya tidak disebut.
![]() |
| omelette/telur dadar |
The - digunakan dihadapan sesuatu noun yang anda dan mereka yang bercakap dengan anda tahu apa yang dibincangkan. Ianya boleh menunjukkan singular ataupun plural. Contoh :
Have you finished the report?
Are you done with the omelette?
I have sent the children to school.
The bags are in the cupboard.
The bags are in the cupboard.
Jadi di manakah nak letak a, an dan the ni? Letakkan mereka sebelum sesuatu noun. Adakala kita tidak mengguna a dihadapan noun, dimana jika noun tersebut adalah plural (berganda). Tetapi boleh dengan the.
Can I have some fruits please?
Where are the keys?
The keys are on the table.
The boys are waiting for a bus.
Vocabulary:
![]() |
| Ini bukan serviettes ya! |
serviette = tisu kertas yang digunakan untuk lap jari/mulut, selalu lebih tebal dari tisu biasa.Ia bukan tisu kertas yang pakai kat kedai mamak tu ya. Ianya adalah jenis tebal dan bukan jenis 2 ply sahaja. Tapi ni kira standard serviette kat Malaysia lah kalau kita pergi sesetengah tempat makan.
vowel = huruf a,e, i, o, u
noun = kata benda >> api, lembu, garpu, telur, jalan



