Categories

Showing posts with label like. Show all posts
Showing posts with label like. Show all posts

Friday, 28 November 2014

Short quiz on like, likes and liked - check free quiz

Happy Friday people!
Siapa yang nak jawab quiz sila pergi bahagian free quiz. Pastikan masukkan emel kerana jawapan semua akan saya beri dalam bentuk emel.

Topik like, likes dan liked ini saya pernah sentuh sebelum ini. InsyaAllah cari bahagian search box diatas belah kiri akan keluar.

Oh ya, siapa yang berminat dengan promosi November, ianya masih terbuka. You boleh beli pakej bulan ini dan masih guna untuk bulan depan. Selain dari yang saya tulis dipromo tu, saya bagi lagi tips percuma dan freebies lain untuk bantu anda lebih bermotivasi untuk belajar, insyaAllah!

Monday, 7 October 2013

I likes? Betul ke?

I likes = saya suka. Ini antara perkataan silap yang saya selalu dengar. Plus ramai orang suka main2 gunakan perkataan I likes ni...jadi ikut-ikutan dan mereka yang tak tahu asal usul penggunaan akan terus gunakan dengan salah.

Perkataan yang betul ialah:

I like. Mungkin sebab dalam BM bila kita kata saya sangat suka....translate ke BI jadi I likes, sebab tambah -s untuk menunjukkan sangat suka tapi salah.

You boleh gunakan: very (sangat), absolutely (benar-benar), so much (tersangat), think (fikir), definitely (pasti) dan macam2 lagi untuk menunjukkan betapa sukanya anda terhadap sesuatu.



Anda boleh tulis:
" I will like it very much" (future tense- masa akan datang, menggunakan will + verb/kata kerja)
Saya pasti akan sangat sukakannya

" I like it very much" (present tense - sekarang)
Saya sangat sukakannya

" I liked it very much" (past tense - sudah berlalu)
Saya sangat sukakannya 

Ini adalah antara benda yang anda perlu hafal untuk kuasai bahasa Inggeris, takde short cut. Ada benda yang ada short cut dan ada benda dia memang macam tu dan kita kena hafal.

Jadi ingat:
I like
You like
He/she likes
We like
They like

*like ialah sebuah perkataan verb (kata kerja). Kata kerja boleh berubah sebab, ianya ialah regular verb seperti like dan kedua, irregular verb seperti begin/began/begun (bermula). Kata kerja regular senang je utk hafal sebab dia tambah s,ed atau will/going...irregular verb yg kena hafal lebih sebab berubah-ubah.