Categories

Showing posts with label verb. Show all posts
Showing posts with label verb. Show all posts

Tuesday, 2 December 2014

Penggunaan -ed atau perubahan bentuk sesuatu perkataan (verb/kata kerja)

Bila kita perlu gunakan -ed dalam sesuatu ayat?

Jika anda ada ikut post saya yang lepas-lepas, -ed digunakan untuk simple past tense. Atau dalam kata lain, untuk sesuatu yang telah pun berlaku.


Contohnya:
smile >> smiled
lift >> lifted
cough >> coughed

Ada verb yang berubah bentuk bila -ed ditambahkan kepadanya.

try - tried
plan - planned
study - studied
start - started


Perubahan selalu berlaku pada perkataan yang berakhir dengan kosonen (bukan aeiou). Dan dipanggil regular verb kerana base formnya (perkataan asal)tidak banyak berubah bentuk, kecuali dengan penambahan -ed,d,ied.

Dan, ada irregular verb. Irregular verb adalah verb yang berubah secara total, atau tidak berubah langsung.

She makes good coffee >> She made  good coffee.


 Begin >> began>>begun
choose>> chose>>chosen
do>>did>>done

Antara verb tidak langsung berubah, contohnya:
beat >>beat
burst>> burst
cut >> cut
hurt >>hurt

Pemahaman kegunaan -ed atau simple past walaupun nampak mudah, tetapi ianya penting untuk memastikan ayat anda betul.

Thursday, 10 October 2013

Apa itu verb, noun dan adjective?



Verb:
Suatu perkataan atau phrase (ayat yang tidak semestinya lengkap) yang menunjukkan keadaan, perbuatan atau pengalaman - cough, sleep, steal, jump, eat etc.

Noun:
Suatu benda, tempat,orang,binatang,acara - table, chicken, London, nurse, party, etc.

Adjective: 
Menggambarkan noun. 
beautiful nurse
delicious chicken
great party
strong table
windy in London

Simple exercise/latihan mudah - apakah gambar di bawah atau perkataan yang digariskan?


Hong Kong Disneyland

He is eating an apple.

smile

"nasi ayam" /chicken rice

It is a tall building.




1. noun 2.adjective 3.verb 4.noun 5.adjective. Senangkan? :)




Monday, 7 October 2013

I likes? Betul ke?

I likes = saya suka. Ini antara perkataan silap yang saya selalu dengar. Plus ramai orang suka main2 gunakan perkataan I likes ni...jadi ikut-ikutan dan mereka yang tak tahu asal usul penggunaan akan terus gunakan dengan salah.

Perkataan yang betul ialah:

I like. Mungkin sebab dalam BM bila kita kata saya sangat suka....translate ke BI jadi I likes, sebab tambah -s untuk menunjukkan sangat suka tapi salah.

You boleh gunakan: very (sangat), absolutely (benar-benar), so much (tersangat), think (fikir), definitely (pasti) dan macam2 lagi untuk menunjukkan betapa sukanya anda terhadap sesuatu.



Anda boleh tulis:
" I will like it very much" (future tense- masa akan datang, menggunakan will + verb/kata kerja)
Saya pasti akan sangat sukakannya

" I like it very much" (present tense - sekarang)
Saya sangat sukakannya

" I liked it very much" (past tense - sudah berlalu)
Saya sangat sukakannya 

Ini adalah antara benda yang anda perlu hafal untuk kuasai bahasa Inggeris, takde short cut. Ada benda yang ada short cut dan ada benda dia memang macam tu dan kita kena hafal.

Jadi ingat:
I like
You like
He/she likes
We like
They like

*like ialah sebuah perkataan verb (kata kerja). Kata kerja boleh berubah sebab, ianya ialah regular verb seperti like dan kedua, irregular verb seperti begin/began/begun (bermula). Kata kerja regular senang je utk hafal sebab dia tambah s,ed atau will/going...irregular verb yg kena hafal lebih sebab berubah-ubah.




Thursday, 18 October 2012

Tenses lagi ! -bila nak letak -s dibelakang sesuatu perkataan (verb)

Ini antara tips penting dalam belajar English, senang tapi ramai buat kesilapan ni bila cakap dan menulis! saya selalu dengan orang kata I means (maksud saya) which is wrong! Tolong ya, lepas ni jangan kata I means....yang betul ialah I mean.

Untung siapa yang baca entry ni hari ni...ingat tip ni, insyaAllah (with God's willing) korang takkan buat silap lagi!

Kita buat review sikit:

Present tense digunakan untuk apa?
Present tense digunakan untuk memberitahu tentang sesuatu yg berlaku sekarang, sesuatu yang kita buat tiap2 hari, benda selalu betul dan benda yang benar.

I go to work at 8am.
I walk to the lrt station.
The sun rises in the east.

Dalam present tense,jika anda menggunakan subjek he/she/it anda mesti tambahkan S kepada verb.

Salah :He walk to the lrt station. (x)
Betul: He walks to the lrt station.

Cuba lihat ayat dibawah. Yang mana betul, yang mana salah? For those on my lessons, you can do this and send in to me anytime.

1. He love to go to Penang.
2. They take the bus everyday.
3. I eats at the cafe.
4. The cat meow everytime he is hungry.
5. Shah like to cook.
6. I hate washing the dishes.
7.We brings our books to school.
8.She cook rice for dinner.
9. Victor learns music in Sydney.
10. Your mother like cheese cake.
11. I drives to work.
12. You showers in the morning.
13. We takes our breakfast at the cafe around the corner.
14. The mamak makes delicious roti canai.
15. I feels sick everytime we go on that road.

Senangkan tip ni?Ingat tau! Pastikan -s anda ditempat yang betul!

Kalau anda nak tahu lagi tentang kelas online saya, emel ke maya.learnenglish@gmail.com

Friday, 11 February 2011

Beza Verb dan Adverb

Verb = kata kerja
Adverb = kata keterangan

What is a verb?
A verb is an action word. It describes what a subject is doing. > menggambarkan apa yang dilakukan oleh subjek.
Example:
I run. I ran./Saya lari
They eat.  Dey it/Mereka makan
I am sick. I em sik/Saya sakit.

What is an adverb?
Adverb is used to describe a verb.It describes how, when, where or to what extend  the verb performs. >menerangkan dengan lebih mendalam apa yang dilakukan oleh verb( kata kerja)
I run fast. /Saya lari pantas
They eat their breakfast quickly./Mereka makan sarapan dengan cepat.
I am very sick. /Saya sangat sakit.

Note/nota: Macam mana nak tau ianya adverb?
Buat soalan sendiri:
How do I run? I run fast.
How do they eat their breakfast? They eat their breakfast quickly.
How sick am I? I am very sick.

Do you know who is the fastest runner in the world?
Usain Bolt
Usain Bolt is a Jamaican sprinter and a three-time World and Olympic gold medalist. He is the world record and Olympic record holder in the 100 metres, the 200 metres and (along with his teammates) the 4 x 100 metres relay. He is the reigning World and Olympic champion in these three events. ( Sekaranglah. Kalau you baca benda ni nanti 2012 dah tak tahu siapa pulak).