Categories

Showing posts with label belajar grammar. Show all posts
Showing posts with label belajar grammar. Show all posts

Friday, 24 April 2015

New whatsapp group!!!

Happy Friday people! Memandangkan masih ada yang nak join group whatsapp English, saya akan buka satu lagi yang baru. Terbuka utk first 20 people.

(IT IS FREE! Jika anda segan dan takde geng nak cakap English, boleh join dan borak2 dan betulkan sesama anda dan sekali sekala saya akan betulkan grammar dan bagi tips.)

Saya juga extend promo hingga Ahad/Isnin ni. Boleh belajar dalam group whatsapp atau sendiri. Bestkan? You will know that you are not alone learning English!

Yang boleh join 16tahun ke atas sahaja. 

Hubungi saya terus melalui whatsapp saya 012 611 6157. Dan jangan lupa tanya saya tentang promosi super basic grammar hari ini :)
Jom belajar English!
 

Tuesday, 15 April 2014

Cara menggunakan a, an dan the

Topik ini saya pernah sentuh sebelum ini. Tapi saya dapati masih ramai yang tidak tahu bila hendak gunakan a,an dan the bila membuat ayat. Anda tahu bila ianya diletakkan pada sesuatu huruf seperti an apple, a cat, the house tetapi keliru bila buat ayat.


serviettes
A - diguna untuk menunjukkan sesuatu yang tidak tentu atau spesifik.  Ianya juga menunujukkan sesuatu singular (satu).
A car, a teacher, a mountain, a bicycle, a boy.
Contoh: Can I have a serviette please?
Ini kerana bila kita meminta a serviette takkan kita nak pilih, jadi kita akan minta yang mana-mana sahaja.




owl/burung hantu



An - juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak spesifik, sekiranya perkataan seterusnya adalah vowel. Ia juga menunjukkan sesuatu singular.
 An apple, an elephant, an igloo, an owl, an umbrella. 
Ianya juga digunakan untuk perkataan yang berbunyi seperti vowel, seperti hour. An hour (sejam) di mana h nya tidak disebut.  








omelette/telur dadar
The - digunakan dihadapan sesuatu noun yang anda dan mereka yang bercakap dengan anda tahu apa yang dibincangkan. Ianya boleh menunjukkan singular ataupun plural. Contoh :
 Have you finished the report
Are you done with the omelette
I have sent the children to school.
The bags are in the cupboard.




Jadi di manakah nak letak a, an dan the ni? Letakkan mereka sebelum sesuatu noun. Adakala kita tidak mengguna a dihadapan noun, dimana jika noun tersebut adalah plural (berganda). Tetapi boleh dengan the.
Can I have some fruits please?
Where are the keys?
The keys are on the table.
The boys are waiting for a bus.


Vocabulary:
Ini bukan serviettes ya!
serviette = tisu kertas yang digunakan untuk lap jari/mulut, selalu lebih tebal dari tisu biasa.Ia bukan tisu kertas yang pakai kat kedai mamak tu ya. Ianya adalah jenis tebal dan bukan jenis 2 ply sahaja. Tapi ni kira standard serviette kat Malaysia lah kalau kita pergi sesetengah tempat makan.

vowel = huruf a,e, i, o, u
noun = kata benda >> api, lembu, garpu, telur, jalan

Sunday, 30 September 2012

Bahagian grammar apa patut saya belajar jika hendak bercakap English?

Cara untuk paling senang belajar English ialah dgn menghafal 'phrases' ayat2 English daripada movies, internet articles, reading materials dan sebagainya.

Sekiranya anda baru hendak bermula, anda mesti tahu 4 bahagian grammar ini:

1. Subject
2.verb
3.predicate
4.article

untuk mendapat ayat yang pendek tetapi betul. Jadi banyaklah membaca dan menghafal, pastikan membaca dgn kuat supaya anda dapat membiasakan diri mendengar diri anda bercakap Inggeris-kemudian ulang dan ulang lagi:)

Tuesday, 8 March 2011

When to use can and could?Bila nak pakai can dan could

Requested by U.S.H Teruskan belajar!

Can > sekarang, present
1. Digunakan utk bercerita tentang kebolehan dan kemungkinan.
I can drive a car. Saya boleh memandu kereta.
He can probably climb up that hill. Dia mungkin boleh panjat bukit itu.

2. Untuk membuat permintaan.
Can you buy me a pack of cigarettes?
Boleh awak beli sekotak rokok?

3.  Tanya izin atau memberi izin.
Can I have a glass of water? Boleh saya dapatkan segelas air?

4. Can digunakan utk sekarang atau masa depan apabila kita sudah putuskan sesuatu.
We can go shopping later.
Kita boleh pergi shopping nanti.

Could / could have utk masa lepas
1. kemungkinan dimasa lepas.
I could have cooked if I knew you were coming.
Saya boleh masak kalau saya tahu awak akan datang.

2. Tanya seseorang utk membuat sesuatu.

3.  Tanya jika mereka dibenarkan tentang sesuatu.

4. Digunakan utk perbuatan sekarang atau masa akan datang.
When I go to Keukenhof next month, I could buy tulip bulbs there:D (I wish!!!)
Bila saya pergi Keukenhof bulan depan, saya boleh beli umbi tulip disana.
* tapi tak boleh jugak tanam sebab kena cuaca sejuk…
Keukenhof, Holland

5. Kita gunakan could dengan present perfect tense untuk benda yang boleh berlaku tetapi tidak berlaku atau sesuatu peristiwa yang kita tak pasti.
We could have bought a more delicious cake at Paul Rhodes.
Kita mungkin boleh beli kek yang lagi sedap di Paul Rhodes.
Paul Rhodes, UK

Note/Nota:

Could ialah kemungkinan yang agak kecil dari can. Jadi could digunakan
utk benda yang kita tak bermaksud dengan serius. (Sama macam may dan might)

I am so hot,  I could sit in a fridge. (bukan I can sit in a fridge)
Saya sangat panas, saya macam boleh duduk dalam peti ais.

Thursday, 3 March 2011

Motivation/Motivasi

When we don't see results, we become unmotivated...here are two tips to keep you going...
Motivasi untuk anda yang belajar Inggeris...harap anda terus belajar dan jangan berhenti.

-Lose the fear of making mistakes.You will make mistakes.
Hilangkan takut membuat kesilapan. Anda akan membuat kesilapan.

-Be patient with yourself. Give yourself a chance. Rome wasn't built in a day!
Sabar dengan diri anda dan berikan peluang.
Roma

Thursday, 24 February 2011

Difference between accept and except

Accept - menerima
I accept your offer.
Saya terima tawaran anda.

Except - kecuali
I love the hotel except for its restaurant.
Saya sukakan hotel tersebut kecuali restorannya.

Thursday, 13 January 2011

Hari Belajar Grammar...apa itu noun?

Ini tak ada kena mengena dengan English conversation, tapi saya saja ingat nak masukkan info pasal grammar. Grammar ni bab yang paling boring pada saya. Memang bosan lah. Especially bila kena belajar macam ni: 
I am, You are,He/she is, They are, We are
Tak suka,memang tak suka. Tapi nak buat macam mana, kalau tak belajar ayat nanti tak menjadi. Jadi hari ni nak ajar skit je tentang nouns. Apa itu noun?Noun ialah kata benda.
Noun di bahagikan kepada pelbagai jenis.Tapi hari ni kita belajar 2 saja. Kalau ajar semua pun mungkin tak ingat.
1)Common noun (kata benda umum)- car,table,towel,lamp,belt = kereta, meja,tuala,lampu,tali pinggang
sebutan ka/taybel/lamp/beeylt
2)Proper noun (kata benda nama diri) - Pasar Keramat, Tanjong Golden Village,River Thames (Sungai Thames = tayms) selalunya bermula dengan huruf besar.
Belajar sikit2. Kalau boleh terus belajar ayat-ayat untuk cakap dengan mendengar lagu, movie dan sebagainya. Gunakan link2 yang saya bagi tu. Please jangan kata tak ada yang free. Ada. Lepas baca ni check link2 yang saya dah bagi sebelum ni.
Besok kita sambung lagi.