Ini rasanya topik yang agak penting untuk mereka yang baru nak cari kerja, nak tukar kerja atau yang nak naik pangkat. Mungkin dah boring, nak cari pengalaman baru, tension dengan boss dan macam2 alasan utk tukar kerja. Tapi sebelum boleh...mesti terfikir macam nak pergi interview...apa agaknya yang di soal?Perlu cakap English ka?
Kalau kat KL tu rata2 (kalau bukan government) rasanya semuanya dalam BI. Sebab zaman kerja ofis, sendiri interview orang pun dalam English. Ada yang saya bagi hint macam mana nak jawab...pun masih tak boleh. Kesian sangat sebab nak tolong tapi macam mana nak bertembung boss yang cakap orang putih 24/7 tu?Dah la garang...lambat jawab karang kena marah...macam mana nak suruh tulis report etc...boleh ke?Akhirnya saya terpaksa reject.
So, saya teringat nak tulis tentang pergi interview. Of course pergi interview ni bermacam2 cara depending kerja apa yang anda apply...account ke, admin ke, graphic design ke,sales,engineering dsbgnya. Dah la tu bermacam2 stage. Tambah2 lagi kalau mnc. (multinational company sebutan = malti nayshenel kampeni...kalau american multi tu jadi mal-tai). Tapi rata2 akan keluar soalan basic yang tak akan terlepas. Kalau soalan basic pun tak dapat jawab, memang agak susah jugalah untuk dapatkan kerja tu.
Top 10 questions you must be able to answer!10 Soalan yang anda mesti tahu menjawab!hafal ke apa ke...prepare untuk interview. Berdiri depan cermin dan hafal. Jawab dengan ikhlas dan apa anda rasa. Lebih tinggi kedudukkan mereka yang interview anda, lebih banyak mereka tahu dan lebih ramai orang telah mereka interview...Ini semua contoh. Kalau nak ikut,terpulang.
1. Tell me about yourself. Beritahu saya tentang diri anda.
Rata mereka yang baru habis belajar akan jawab...Contoh pertama :My name is Ahmad. I am 22 years old. I have 2 brothers and 1 sister.I stay with my parents in Kepong....(dik, ini bukan form 2 punya soalan yang, minta kerja tau)yang dah biasa interview mungkin lain mereka akan jawab...Memang betul interviewer tanya about yourself. Tapi mungkin kena kreatif sikit dan buat diri anda menarik.
Kalau baru habis belajar mungkin boleh jawab macam ni:
I recently finished my studies at .......It was a difficult course but I am glad I made it through. I have always been interested in...., that is why I am here today. Saya baru tamat belajar di......Ianya susah tapi saya sangat lega saya dapat habiskan kursus saya. Saya berminat dalam .....sebab itu saya ada disini.
Sebutannya: I risenli finishd mai stadies at.....It was er diffikel kors but I am glad I maydit tru. I haf olwaiz bin interested in.......dat is y i am he-er tu-day.
Ini contoh. Anda boleh jawab macam2 jawapan. Tapi cubalah jangan bagi jawapan contoh pertama tadi.
2. Why do you want to work here? Kenapa anda mahu bekerja di sini?
I hear the benefits here are good. The company supports its employees etc etc.Saya dengar benefit di sini bagus. Majikan menyokong pekerja2nya....
Sebutan: I he-ya der benefits he-er r good. Der kampeni seports its m-plo-yis....
3.Why should I hire you?Kenapa saya mesti ambil awak bekerja?
I am very passionate at what I do. Plus I have always been waiting to be interviewed by your company.
Saya sangat bersemangat tentang apa yang saya lakukan. Selain itu saya memang sudah lama tunggu untuk mendapat peluang temuduga di syarikat ini.
Sebutan : I am veri peh-shenet at wat I do. Plus I haf alwaiz bin wei-ting tu bi interviud bai yur kampeni.
4.What did you like/dislike about your previous work? Apa yang anda suka /tidak suka tentang pekerjaan anda yang lepas?
I like what I did. I learnt a lot from....Saya suka apa yang saya lakukan.Saya belajar banyak dari....
I laik wat i did. I len er lot ferom....
I didn't like the environment. It always had a negative...Saya tak suka persekitaran saya. Ianya selalu mempunyai ....negatif...
I diden laik der n-vai-ronmen. It olwaiz hed er negatif ...
5.What would you like to be doing 5 years from now? Apa yang anda nak lakukan 5 tahun dari sekarang?
I probably like to be in a managerial position....Saya mungkin mahu menjadi seorang pengurus...
i probebli laik tu bi in a menegeriyal posishen...
6.What are your biggest accomplishments? Apakah pencapaian anda yang terbaik?
I have held many international events...Saya telah banyak menguruskan acara international...
I haf hald mayni internashenal e-vens....
7.Can you work under pressure?Bolehkah anda bekerja dalam situasi tertekan?
Probably. I have had many assignments which were....Kemungkinan ya. Saya telah mempunyai banyak tugasan di mana...
Probebli. I haf hed mayni assainmen wech wer...
8.How do you take directions? Bagaimana anda mengambil arahan?
I take directions well and recognises it as ...Saya boleh mengambil arahan dan juga menyifatkannya sebagai...
I tek dairekshen wel n re-kek-nai-zesit es...
9.What is the most difficult situation you faced?Apakah situasi yang paling mencabar anda pernah lalui?
When I was asked by Singaporean press on why do Malaysian immigration officers...(hahha..teringat one of my job few years ago)
There were several situations but I found...Ada beberapa situasi tetapi saya rasa...
Der wer several situ-wei-shen but i fa-un...
10.Do you prefer to work alone or as a team? Adakah anda suka bekerja sendirian atau sebagai satu pasukan?
I prefer to work....because...Saya lebih suka bekerja...kerana...
I prefer tu werk ....bekoz...
Temuduga adalah satu topik mencabar sebab ianya bergantung kepada apa pengalaman yang anda telah lalui dan ke mana arah yang anda ingin tuju. Oleh itu, selain daripada persiapan bahasa Inggeris, buatlah persiapan sebelum pergi temuduga mengenai syarikat tersebut, kerja apa yang anda nak apply...dan yang penting confident!Kalau takpun, berlakon confident ;)