Sunday, 30 January 2011

I mean bukan I means...

I means...
Ini perkataan yang selalu saya dengar, SELALU...tapi nak betulkan tak sampai hati. Kalau yang dah pandai English tu of course lah dia tak kata I means sebab dah tahu.

Perkataan yang patut digunakan ialah I mean. Kenapa ya suka gunakan I means? 

I mean
You mean
He/She means
They mean
We mean

Contoh ayat:

What I mean is...Apa saya maksudkan ialah...
What she means is...Apa dia maksudkan ialah...

Thursday, 27 January 2011

What the Brits are saying!

What the Brits mean when they say:
that's it!that's all!
Der... the equivalent to the American 'duh'. Sama macam orang US kata 'duhhh'

Pratt...you pratt! Usually used in English (British) movies or American movie with some Brit star in it. Sounds rude but its actually quite harmless. Refers to someone who is out of line. Selalu dalam cerita mat salleh. Bunyi macam sedikit kurang ajar tapi tak ada apa2 pun. Dikatakan bila marah kat orang yang melampaui batas.

Its raining cats and dogs...refers to a heavy down pour. The word could probably be originated in the 17th century, when dead cats and dogs are usually carried out after heavy rainfall. Hujan lebat.

Bees Knees...I'm superb, I'm great, I'm the bee's knees. Aku terer:)

Bloke...that bloke over there >> that guy over there. leaki/jejaka...(lama tak guna perkataan jejaka..ahaks)

Bugger...Oh bugger!sh_ _ or d_rn...get lost. alamak, boleh blah.

Ace...something done brilliantly...he aced it! Dia score...dia dapat buat.

Bite your arm off...'don't bite your arm off just because you got the tickets!' expression used when you are excited. Jangan terlampau gembira.

Bloody...I bloody love this word. Are you bloody mad? another bloody monday...I bloody hate that bloke...to emphasize something that ranges from something you love to hate and disgust. Bukan darah tau! Perkataan yang boleh digunakan untuk menekankan sesuatu yang di benci, cinta, marah,suka sbg.

Wednesday, 26 January 2011

Compliment and complement...what's the difference?


Compliment...
is an expression of admiration or praise.

Complement...
to complete or make whole.


Compliment(kom-pli-men)
Pujian 
Reese was complimented on the beautiful music she played at the concert.
Ris waz kompli-men-ted on der be-u-ti-ful muzik she playd at der konsert.
Reese dipuji tentang muzik yang dimainkannya dengan begitu indah di konsert.

Complement (kom-ple-men)
Melengkapi
The beautiful necklace really complements her dress.
Der be-u-ti-ful nek-les realli kom-pli-mens her dres.
Rantai cantik itu benar-benar melengkapi baju dia.

Sunday, 23 January 2011

Sambung lagi tentang SUPPER

I found this really great article about supper! It's a long read, but I think it's definitely worth it to understand more about supper.Click >> What is supper?

If you want to know more about Victorian Era, you can watch this movie The Young Victoria it came out in 2009. I think they've played it on Astro before.

Kalau tak faham, i boleh tolong translatekan sikit2. Bila baca artikel ni, terfikir apa agaknya tengah berlaku di Tanah Melayu waktu tu?Waktu makan kita macam mana ya? Yang tau time 1600-1700 lebih Dutch tengah sibuk trading dengan Melaka. Siapa yang tahu tolong share:)

Saturday, 22 January 2011

belajarenglish

Lapar lagi...supper jom!

Thanks Amry for your comment on "supper". When I replied to his comment http://jombelajarenglish.blogspot.com/2011/01/lets-eat.html I wrote based on what I know and what I normally use in my daily life here in Malaysia. I knew that different parts of the world uses the word supper for different meal time which is not necessarily used for our light meal after dinner in Malaysia. I recommend due to our custom, that you should stick to the word "supper" if you were going to have coffee or a night cap after your dinner time (otherwise you'd look like a fool using the word supper to ask someone to eat during midday).

Terima kasih Amry untuk comment Amry pasal perkataan "supper". Masa saya jawab, (klik link diatas), saya tulis berdasarkan apa yang saya tahu dan saya gunakan seharian di sini. Tetapi saya tahu di tempat lain di luar negara perkataan supper tidak semestinya digunakan untuk minum/makan ringan selepas waktu makan malam. Jadi kalau anda nak pakai perkataan supper di Malaysia, gunakan cuma utk mengajak kawan2 utk pergi minum selepas waktu makan malam, kalau tak nanti nampak macam orang bodoh guna perkataan supper di tengah hari.

Oh ya, nanti kita akan bincang perkataan night cap jugak.

Contoh guna perkataan supper/night cap

Let's go for supper at that oxtail sup place. Jom pergi supper di tempat sup ekor tu. (contoh macam mana nak guna perkataan supper dalam konteks bahasa kita)

Do you guys want to go for a night cap?Korang nak pergi for a night cap? (bahasa biasa digunakan di KL)

Jadi nanti kita cerita sedikit tentang perkataan supper ni dengan lebih mendalam:)

Thursday, 20 January 2011

Let's eat!

Antara masa yang banyak kita luangkan ialah untuk makan. Ini antara ayat2 yang mungkin selalu digunakan.

Let's eat. Jom makan
lets it.

Let's go for breakfast/lunch/tea/dinner/supper. Jom makan sarapan/tgh hari/minum petang/malam/makan lepas makan malam (I tak tau perkataannya dalam BM)
Lets go for brekfest/lan-ch/ti/din-ne/saper

Can I take you out for dinner sometime? Boleh saya bawak awak keluar makan malam bila2?
Ken I tek u aut for diner samtaim?

Do you want to have coffee later? Awak nak pergi minum kopi nanti?
Du u wan tu haf koffee lay-ter?
Coffee sini tak semestinya coffee, mungkin air apa2 pun boleh. Ia lebih untuk mengajak keluar minum.

This is yummy/delicious! Ini sedap!
Dis is yum-mi/dili-shes

I love Italian food. Saya suka makanan Itali.
I luv E-teh-liyan fud
This one is great. Yang ini bagus.
Dis wan is ge-ret

I don't like the taste. Saya tak suka rasanya.
I dun laik der tays-te

Can I have more?Boleh saya nak lagi?
Kan I haf mor?

The sup taste sour and hot at the same time. Sup itu rasanya masam dan pedas pada waktu yang sama.
Der sup tays-te sawer n hot ad der sayme taim.

Bon Appetit!

Happy Thaipusam!

A giant Murugan statue at Batu Caves
Wishing a very happy Thaipusam to all Hindus and have a good rest to all Malaysians :)

What is Thaipusam?
Thaipusam is an important festival observed by the Hindus of southern India during the Tamil month of Thai (January - February). Outside of India, it is celebrated mainly by the Tamil speaking community settled in Malaysia, Singapore, South Africa, Sri Lanka and elsewhere around the world.

Tuesday, 18 January 2011

Hari belajar grammar -sambungan belajar noun

Ok, hari tu kita dah belajar 2 nouns (kata benda), common noun dan proper noun.

So, today, we are going to cover singular and plural nouns. A person, animal, place or thing is called singular noun. A word that represents more than one person,animal,place or thing is called a plural noun.
Hari ini kita akan belajar singular dan plural nouns(kata benda tunggal dan jamak). Seseorang, binatang,tempat atau benda di panggil singular noun(tunggal). Sebuah perkataan yang mewakili lebih dari satu orang,binatang,tempat atau benda di kenali sebagai plural noun(jamak).

Example /contoh : pencil-pencils, cat-cats, toilet-toilets, boy-boys

Most nouns are singular or plural. Plural nouns are easily recognised by the ending -s.However, many plurals do not follow this.Kebanyakkan noun adalah singular atau plural. Plural nouns senang di kesan dengan penghujung -s. Tetapi, banyak juga plurals yang tidak mengikut hujung dengan s.

Example/contoh : police, people, sheep, fish, glasses

The following nouns are always plural and take a plural verb. Noun(kata benda) berikut selalunya adalah (plural)jamak dan menggunakan (verb) kata kerja jamak.


Picadilly,UK
The police are holding the man responsible for the burglary at Picadilly.
Those pair of shoes are mine.

Nouns which are plural but uses a singular verb when they are treated as singular. Nouns (kata benda) yang plural(jamak) tetapi mengunakan singular verb (kata kerja tunggal) akan dikenali sebagai singular (tunggal).

One hundred years is a century.
Three dollars is not enough for a decent meal.

Phrases:Tolong ulang - macam mana nak cakap


Ayat2 pendek utk kelas atau di ofis bila anda tak faham, tak pasti atau mahu diulangi, vice versa. Ingat, apabila anda mahu seseorang memahami anda, cakap dengan perlahan, slowly dan bukan kuatkan suara.

Could you please repeat that? Boleh anda tolong ulang sekali lagi?
Kud u plis ripit dat?

Sorry, I didn't catch that part. Maaf, saya tak dapat tangkap bahagian itu.
Sori, i diden kat-ch dat part.

Is it possible for you to elaborate on that? Bolehkah anda menghuraikan tentang itu?
Is it posibel for u tu e-la-bo-ret on dat?

 I'm sorry. I still don't quite understand. Maaf, saya masih kurang faham/jelas.
i m sori. I stil don ku-ait anderstand

Could you go a little slower? Boleh anda perlahan sedikit? >>digunakan apabila mereka menjelaskan sesuatu terlalu laju.
Kud u go er litel slo-wer?
I don't get it. Saya tak faham>>boleh digunakan apabila sesuatu telah di jelaskan tetapi masih tidak jelas.
I dun ge-dit. 

Could you spell the word out for me?Boleh ejakan perkataan itu untuk saya?
Kud u spel der werd aut for mi?

Could you show me how?Boleh tunjukkan saya bagaimana?
Kud u show mi hau?

Can you say it again? Boleh ulang sekali lagi?
Ken u say it a-gayn?

Sunday, 16 January 2011

How to say thank you...macam mana nak cakap thank you

Common/umum:
Thank you. Terima kasih
Thank you very much. Terima kasih banyak2
Thanks. Terima kasih
Thanks a lot. Terima kasih banyak2
Thanks a million. Terima kasih sangat2

Thanks for helping me out.Terima kasih sebab bantu saya.
Thanks a lot for telling mom. Terima kasih banyak2 sebab bagitahu mak.
Thank you for your kind assistance.Terima kasih atas bantuan Cik.
Thank you very much for taking care of my cat. Terima kasih banyak2 kerana menjaga kucing saya.
Thank you for your cooperation.Terima kasih atas kerjasama anda.

We'd like to thank Linda for all her help.
 Kami ingin berterima kasih kepada Linda ke atas semua pertolongannya.

We'd like to say thank you to the Professor for his contribution.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Professor terhadap sumbangan beliau.


Saturday, 15 January 2011

Top 10 questions during interviews...10 soalan yang ditanya waktu temuduga

Ini rasanya topik yang agak penting untuk mereka yang baru nak cari kerja, nak tukar kerja atau yang nak naik pangkat. Mungkin dah boring, nak cari pengalaman baru, tension dengan boss dan macam2 alasan utk tukar kerja. Tapi sebelum boleh...mesti terfikir macam nak pergi interview...apa agaknya yang di soal?Perlu cakap English ka?
Kalau kat KL tu rata2 (kalau bukan government) rasanya semuanya dalam BI. Sebab zaman kerja ofis, sendiri interview orang pun dalam English. Ada yang saya bagi hint macam mana nak jawab...pun masih tak boleh. Kesian sangat sebab nak tolong tapi macam mana nak bertembung boss yang cakap orang putih 24/7 tu?Dah la garang...lambat jawab karang kena marah...macam mana nak suruh tulis report etc...boleh ke?Akhirnya saya terpaksa reject.
So, saya teringat nak tulis tentang pergi interview. Of course pergi interview ni bermacam2 cara depending kerja apa yang anda apply...account ke, admin ke, graphic design ke,sales,engineering dsbgnya. Dah la tu bermacam2 stage. Tambah2 lagi kalau mnc. (multinational company sebutan = malti nayshenel  kampeni...kalau american multi tu jadi mal-tai). Tapi rata2 akan keluar soalan basic yang tak akan terlepas. Kalau soalan basic pun tak dapat jawab, memang agak susah jugalah untuk dapatkan kerja tu.
Top 10 questions you must be able to answer!10 Soalan yang anda mesti tahu menjawab!hafal ke apa ke...prepare untuk interview. Berdiri depan cermin dan hafal. Jawab dengan ikhlas dan apa anda rasa. Lebih tinggi kedudukkan mereka yang interview anda, lebih banyak mereka tahu dan lebih ramai orang telah mereka interview...Ini semua contoh. Kalau nak ikut,terpulang.

1. Tell me about yourself. Beritahu saya tentang diri anda.
Rata mereka yang baru habis belajar akan jawab...Contoh pertama :My name is Ahmad. I am 22 years old. I have 2 brothers and 1 sister.I stay with my parents in Kepong....(dik, ini bukan form 2 punya soalan yang, minta kerja tau)yang dah biasa interview mungkin lain mereka akan jawab...Memang betul interviewer tanya about yourself. Tapi mungkin kena kreatif sikit dan buat diri anda menarik.
Kalau baru habis belajar mungkin boleh jawab macam ni:
I recently finished my studies at .......It was a difficult course but I am glad I made it through. I have always been interested in...., that is why I am here today. Saya baru tamat belajar di......Ianya susah tapi saya sangat lega saya dapat habiskan kursus saya. Saya berminat dalam .....sebab itu saya ada disini.
Sebutannya: I risenli finishd mai stadies at.....It was er diffikel kors but I am glad I maydit tru. I haf olwaiz bin interested in.......dat is y i am he-er tu-day.
Ini contoh. Anda boleh jawab macam2 jawapan. Tapi cubalah jangan bagi jawapan contoh pertama tadi.

2. Why do you want to work here? Kenapa anda mahu bekerja di sini?
I hear the benefits here are good. The company supports its employees etc etc.Saya dengar benefit di sini bagus. Majikan menyokong pekerja2nya....
Sebutan: I he-ya der benefits he-er r good. Der kampeni seports its m-plo-yis....

3.Why should I hire you?Kenapa saya mesti ambil awak bekerja?
I am very passionate at what I do. Plus I have always been waiting to be interviewed by your company.
Saya sangat bersemangat tentang apa yang saya lakukan. Selain itu saya memang sudah lama tunggu untuk mendapat peluang temuduga di syarikat ini.
Sebutan : I am veri peh-shenet at wat I do. Plus I haf alwaiz bin wei-ting tu bi interviud bai yur kampeni.

4.What did you like/dislike about your previous work? Apa yang anda suka /tidak suka tentang pekerjaan anda yang lepas?
I like what I did. I learnt a lot from....Saya suka apa yang saya lakukan.Saya belajar banyak dari....
I laik wat i did. I len er lot ferom....
I didn't like the environment. It always had a negative...Saya tak suka persekitaran saya. Ianya selalu mempunyai ....negatif...
I diden laik der n-vai-ronmen. It olwaiz hed er negatif ...

5.What would you like to be doing 5 years from now? Apa yang anda nak lakukan 5 tahun dari sekarang?
I probably like to be in a managerial position....Saya mungkin mahu menjadi seorang pengurus...
i probebli laik tu bi in a menegeriyal posishen...

6.What are your biggest accomplishments? Apakah  pencapaian anda yang terbaik?
I have held many international events...Saya telah banyak menguruskan acara international...
I haf hald mayni internashenal e-vens....

7.Can you work under pressure?Bolehkah anda bekerja dalam situasi tertekan?
Probably. I have had many assignments which were....Kemungkinan ya. Saya telah mempunyai banyak tugasan di mana...
Probebli. I haf hed mayni assainmen wech wer...

8.How do you take directions? Bagaimana anda mengambil arahan?
I take directions well and recognises it as ...Saya boleh mengambil arahan dan juga menyifatkannya sebagai...
I tek dairekshen wel n re-kek-nai-zesit es...

9.What is the most difficult situation you faced?Apakah situasi yang paling mencabar anda pernah lalui?
When I was asked by Singaporean press on why do Malaysian immigration officers...(hahha..teringat one of my job few years ago)
There were several situations but I found...Ada beberapa situasi tetapi saya rasa...
Der wer several situ-wei-shen but i fa-un...

10.Do you prefer to work alone or as a team? Adakah anda suka bekerja sendirian atau sebagai satu pasukan?
I prefer to work....because...Saya lebih suka bekerja...kerana...
I prefer tu werk ....bekoz...

Temuduga adalah satu topik mencabar sebab ianya bergantung kepada apa pengalaman yang anda telah lalui dan ke mana arah yang anda ingin tuju. Oleh itu, selain daripada persiapan bahasa Inggeris, buatlah persiapan sebelum pergi temuduga mengenai syarikat tersebut, kerja apa yang anda nak apply...dan yang penting confident!Kalau takpun, berlakon confident ;)


Belajar English - kenapa ramai takut nak cakap English

I was looking around for some stuff to write here today, when I stumble on this great article. I just realised that this could be why a lot of people tends not to talk in English ( I think I knew about this, but never realised that this is so true!). People are afraid to make mistakes. They are afraid that people would judge their English grammar and what not. Have you ever heard how a taxi driver speaks in Bangkok?He doesn't give a damn whether you'd actually understand him or not. Yet still, you do understand bits and pieces of his conversation, and on top of that, he sounds pretty darn confident about himself.( I salute you!)
So dear friends, your aim should not be to talk perfect English as you are learning. Aim to be fluent at English and allow yourself to make mistakes. Give yourself a chance. Make this year the year that you will improve your English.After all, we are not native English speakers. We have our own language that we love:)

Saya mencari artikel untuk menulis disini hari ini, apabila saya terjumpa sebuah artikel yang hebat. I perasan mungkin ini sebab mengapa ramai yang mungkin tahu English tapi tak mahu atau malu nak cakap English (rasanya saya memang dah tahu cuma saya betul2 perasan yang ianya benar!). Kita takut untuk buat kesilapan. Kita takut yang orang akan menilai tatabahasa BI kita dan sebagainya. Pernah dengar tak macam mana teksi driver kat Bangkok cakap English? Dia bukan kisah you faham ke tidak. Tapi anda mungkin faham sikit2 apa yang dia cakap. Yang best tu, confident pulak dia cakap. (Cayalah!) Jadi buatlah tujuan anda belajar BI untuk menjadi FASIH dan bukan perfect (sempurna).Berilah diri anda sedikit ruang untuk buat kesilapan. Akhir kata, kita pun bukan orang English ka, Amerika ka yang mempunyai English sebagai bahasa ibunda. Kita sudah ada bahasa sendiri yang kita cintai :)

Note. Jangan translate apa yang di tulis dalam English ke BI direct. Dah dituliskan pun maknanya (lebih kurang). Nanti pening kepala. Thank you.

Friday, 14 January 2011

Homework! Bosan!Latihan free ni...nak buat ke tak?

Hahahhaha...ni nak weekend. Sapa nak buat homework?Ni latihan I nak bagi. I akan check dengan rela hatinya.

Macam mana nak buat ayat dalam BI. Caranya...
(Dalam satu ayat mesti ada subjek dan predikat. Apa benda subjek dan predikat nih?Subjek selalunya adalah noun. Ingat tak apa itu noun? chair, belt, tv, table. Predikat pulak ialah action/tindakan yang di ambil oleh noun. Contohnya : He sat. /Dia duduk (he set) (he,noun, sat-verb:action/tindakan)
So, siapa nak boleh buat 10 sentences(ayat) yang menggunakan noun dan predicate sahaja. Please ya, beginners saja. I tolong checkkan. Antar by Sunday.

Jadi apa gunanya article,adjective,adverbs,preposition yang kita belajar kat sekolah tu?BANYAK. Semuanya digunakan untuk membuat ayat tu lagi menarik and penuh informasi. Rasanya besok ajar conversation je...I hate grammar.

Thursday, 13 January 2011

Hari Belajar Grammar...apa itu noun?

Ini tak ada kena mengena dengan English conversation, tapi saya saja ingat nak masukkan info pasal grammar. Grammar ni bab yang paling boring pada saya. Memang bosan lah. Especially bila kena belajar macam ni: 
I am, You are,He/she is, They are, We are
Tak suka,memang tak suka. Tapi nak buat macam mana, kalau tak belajar ayat nanti tak menjadi. Jadi hari ni nak ajar skit je tentang nouns. Apa itu noun?Noun ialah kata benda.
Noun di bahagikan kepada pelbagai jenis.Tapi hari ni kita belajar 2 saja. Kalau ajar semua pun mungkin tak ingat.
1)Common noun (kata benda umum)- car,table,towel,lamp,belt = kereta, meja,tuala,lampu,tali pinggang
sebutan ka/taybel/lamp/beeylt
2)Proper noun (kata benda nama diri) - Pasar Keramat, Tanjong Golden Village,River Thames (Sungai Thames = tayms) selalunya bermula dengan huruf besar.
Belajar sikit2. Kalau boleh terus belajar ayat-ayat untuk cakap dengan mendengar lagu, movie dan sebagainya. Gunakan link2 yang saya bagi tu. Please jangan kata tak ada yang free. Ada. Lepas baca ni check link2 yang saya dah bagi sebelum ni.
Besok kita sambung lagi.

Wednesday, 12 January 2011

Website belajar free lagi!

Ini website free untuk anda belajar mendengar.Pertama dengar, jawab soalan quiz dan ketiga baca text yang anda dengar untuk practice bercakap.

Click listening lesson. Buat satu tiap2 hari!

Monday, 10 January 2011

Teknik dengar dan jawab

Mungkin ada antara anda yang pernah beli cd audio English. Kebanyakkan English audio akan mengajar anda untuk mendengar dan ulang. Teknik ini ada keberkesanannya sebab anda mengulang dan akan cuba kata apa yang disebut.  Tetapi dengan teknik ini anda mungkin masih belum dapat bertutur dengan automatik. Anda mungkin boleh menjawab tetapi dengan agak perlahan dan berhati-hati. Teknik ini memerlukan anda untuk memahami texts yang dibacakan. Antara kenapa teknik ini saya sendiri tak suka-boring.

Oleh itu, nasihat saya ialah:
DENGAR DAN JAWAB.
Ini adalah cara efektif yang pada masa sama melatih anda untuk menjadi aktif dalam pembelajaran bahasa Inggeris.Untuk menjawab, anda mesti memahami bahasa Inggeris. Cara ini lebih semula jadi dan anda dapat menjawab soalan dengan bermacam-macam jawapan.
Sekiranya dimasa akan datang anda ingin membeli audio yang mengajar bahasa Inggeris, cari juga yang mengajar anda untuk berinteraksi dan menjawab soalan - ya, walaupun sorang2 tapi sekurang2nya jawapan itu keluar dari mulut anda. Dan bila anda boleh jawab soalan bermakna anda sudah boleh mula berinteraksi tanpa perlu berfikir dalam bahasa Malaysia!
Ingat, anda mesti mengulang dan mengulang.Anda pasti berjaya!

Ini antara website anda boleh guna untuk mencuba listening and answering.

Saturday, 8 January 2011

Thank you!Kelas ditutup!

Kelas English conversation saya buat masa ini telah ditutup. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan join.

Yang sukakan tips, sambung baca blog saya. Saya akan cuba untuk letak lagi banyak tips dan audio dialogs di masa akan datang.

Have a great Saturday.

Friday, 7 January 2011

Belajar dengan mendengar

Macam mana ya?Mungkin kalau kawan2 ofis bercakap English anda boleh faham kerana lingo bunyinya mungkin hampir dengan bahasa kita. Tapi macam mana nak faham percakapan Bahasa Inggeris dalam berita atau movies?
Lagi sekali saya tekankan, untuk belajar English conversation, anda kena dengar English conversation bukan baca text book conversation.Berhenti belajar English conversation dengan text book.
Caranya:
Banyak dengar perbualan Bahasa Inggeris melalui drama, movies, berita, radio dan membaca majalah, buku komik Inggeris (macam Archie), surat khabar dan sebagainya. Untuk belajar English conversation secara betul anda kena dengar percakapan sebenar, harian yang digunakan.

Nasihat dari saya:
Jangan terlalu tertekan untuk belajar bercakap. Ada ramai orang yang belajar tetapi tekniknya salah dan membuat mereka terasa tertekan kerana telah banyak menghabiskan masa dan wang untuk belajar tetapi masih tidak boleh. Berikan diri anda masa untuk belajar hingga boleh.Kepada mereka yang ada nak tanya, tulis saja di tempat comment:)

Wednesday, 5 January 2011

Belajar dengan mendalam dan berulang

Tahu tak setiap perkataan baru yang kita belajar akan mengambil 30 kali untuk kita faham dan menggunakannya didalam sebuah ayat? Bayangkan kalau kita belajar bahasa English...mungkin 50x atau lebih.
Rahsianya ialah untuk belajar berulang-ulang denagn mendalam.
Contohnya bila kita bercakap bahasa Malaysia,kita terus cakap tanpa berfikir kerana itu adalah bahasa ibunda kita. Tetapi apabila ingin bertutur English kita selalu terhenti atau memikirkan untuk menyusun ayat. Jadi kita kena belajar supaya perkataan-perkataan dan ayat-ayat English anda keluar dari mulut secara automatik. 
Mula2 anda rasa macam tak ada apa2 perubahan, tetapi satu hari ayat itu akan keluar dengan sendirinya hingga anda pun boleh terkejut.

Hari ini cuba sebut:

Hi. How are you? (Hai.How ar u?)/How's it going? (Haus it go-in?)/How's things? (Haus things?)
Hai.Apa khabar?

Let's have lunch. (lets haf lun-ch)/Let's go for lunch. 
Jom makan tengah hari.

See you tomorrow. (si u tu-mor-row)
Jumpa lagi besok.

Besok bila anda pergi kerja, cuba gunakan, sedikit demi sedikit.Ulang dan ulang.Balik rumah, jumpa ahli keluarga,sebut saja. Yang penting ulang dan fahamkan. Mula-mula mesti kekok. Tapi bila dah sampai hari ke 7, akan rasa makin biasa.

Perhatian:
Beza antara lets dan let's (sebutan sama- lets) :
Digunakan untuk maksud membenarkan/menyewakan (lets) dan (let's) untuk perkataan bersama/mari bersama.
Perkataan lets (menyewakan) adalah dari perkataan leases.
Ingat, banyak perkataan yang sama boleh membawa makna yang berlainan bergantung pada ayat.
1.Every morning she lets the cat out.(Everi mor-ning she lets de kat out)
(Setiap pagi dia membenarkan kucing itu keluar)
2.He lets the house to a young student.(He lets de haus tu er yang stu-den)
 (Dia menyewakan rumah itu kepada seorang pelajar muda) 
3.Let's forget about it.(Mari lupakan sahaja)
 (Lets for-get er-baut it)
4. Let's see what they have. (Lets si wat day haf)
(Mari lihat apa mereka ada)


Tuesday, 4 January 2011

Petua belajar English

Selamat Tahun Baru!

Ini petua pertama saya untuk 2011 bagi mereka yang nak belajar bahasa English: MENDENGAR

Senang sahaja. Cuba tengok series tv, atau dengar radio yang berbahasa Inggeris. Anda perlu dengar sekurang-kurangnya 1-3 jam sehari. Belajar dengar sahaja.
Disekolah kita membaca text book dan belajar grammar dengan mata dan bukan telinga. Oleh itu, kita akan mula train telinga kita untuk mendengar!Kerana dengan mendengar anda akan belajar cara perkataan disebut dan ayat-ayat yang sering digunakan. Ini adalah kunci untuk anda pandai bertutur English.
*train/training. Di sini yang di maksudkan bukan keretapi, tetapi latihan. training pula adalah berlatih.
Good luck!